Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Lembaga Tabung Haji

Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Lembaga Tabung Haji

APANDI ALI DILANTIK LEMBAGA PENGARAH TABUNG HAJI – Sumber gambar dari Malaysian Insider

Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Lembaga Tabung Haji
Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Lembaga Tabung Haji
Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali dilantik sebagai anggota lembaga pengarah Lembaga Tabung Haji.



Pelantikan itu disahkan oleh wakil lembaga itu Anis Zuhani Ahmad, lapor The Malaysian Reserve.

Semakan oleh Malaysiakini di laman sesawang Tabung Haji mendapati nama Apandi sudah tersenarai dalam organisasi berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata tiada bukti yang cukup untuk mengaitkan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kes derma RM2.6 bilion dan SRC International.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mendedahkan Datuk Seri Najib Razak telah mengembalikan semula sebahagian wang RM2.6 bilion yang diterimanya kepada keluarga diraja Arab Saudi.

Menurut Apandi, pada Ogos 2013, sejumlah wang RM2.03 bilion (AS$620) telah dikembalikan kepada keluarga diraja Arab Saudi kerana dana tersebut tidak diguna pakai.

“Wang sejumlah RM2.03 bilion telah dikembalikan semula oleh perdana menteri kepada keluarga diraja Arab Saudi kerana dana tersebut tidak diguna pakai.

“Berdasarkan keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen sokongan yang dikemukakan, saya berpuas hari bahawa tidak terzahir apa-apa kesalahan jenayah berhubung dana RM2.03 bilion tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pejabat Peguam Negara di Putrajaya hari ini lapor Malaysiakini hari ini.

Sumber: Malaysiakini



BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post