TU DIAA!! Dipenjara, denda RM5,000 sebab tunggang macam Superman

KUALA LUMPUR: Gara-gara melakukan aksi ‘Superman’, seorang mekanik dijatuhi hukuman penjara lima hari dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Trafik hari ini, selepas mengaku bersalah menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya dua hari lepas.

Majistret Noorul Fhaiez Mohd Nayan turut memerintahkan Muhammad Danial Jamaludin, 21, menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 24 Jan dan dipenjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Danial yang menggunakan motosikal jenis Kawasaki KR150 didakwa menunggang secara melulu dan berbahaya dengan aksi ala ‘Superman’ dengan meletakkan dada pada tempat duduk serta mengangkat kaki lurus ke belakang di Jalan Raja Laut di sini, antara pukul 9.20 malam dan 9.25 malam, pada 24 Jan lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Terdahulu, Pegawai Pendakwa Inspektor Hashimah Hashim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, Muhammad Danial yang tidak diwakili peguam, memohon dijatuhkan hukuman ringan atas alasan perlu menanggung keluarga.

-BERNAMA

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post