Papan tanda pamer ciri-ciri orang munafik dari JKR dipuji netizen

Papan tanda pamer ciri-ciri orang munafik dari JKR dipuji netizen

SEBUAH papan tanda Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan pengisian yang agak unik, mendapat perhatian dan pujian orang ramai.

Papan tanda pamer ciri-ciri orang munafik dari JKR dipuji netizen
Papan tanda pamer ciri-ciri orang munafik dari JKR dipuji netizen
Tidak seperti papan tanda biasa, papan tanda yang terletak di Batu Pahat, Johor itu, meletakkan nasihat yang menyentuh perihal agama dan nilai-nilai murni kehidupan.


Pada awal ia menjadi viral, papan tanda itu meletakkan nasihat tentang ciri-ciri manusia munafik.



Katanya ini adalah papan tanda “peringatan” yang terletak di Batu Pahat, Johor. – Friends Of JKR

Ia kemudiannya diganti dengan nasihat tentang kepentingan menutup aurat untuk wanita Islam.

Pengisian tersebut disifatkan ramai sebagai tindakan yang bijak kerana ia jauh lebih baik daripada dibiarkan kosong.

Akhbar Harian Metro sebelum ini melaporkan, jurutera JKR Batu Pahat, Alias Mohd Zain memberitahu, papan tanda itu dinaikkan untuk menyampaikan maklumat projek dan aktiviti setempat.

Namun ia adakalanya terbiar kosong dan pihak JKR merasakan lebih baik ia diisi dengan ayat berbentuk peringatan yang boleh dijadikan pengajaran.



Sumber: Astro Awani






BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post