Rantai leher isteri kerana leka main WhatsApp, lelaki mengaku tidak bersalah

Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kangar pada Jumaat kerana merantai leher isterinya dengan rantai besi kerana leka menggunakan aplikasi WhatsApp.

Menurut laporan Sinar Harian, Mohd Hamdan Ahmad, 32, yang merupakan seorang penganggur dituduh melakukan kesalahan itu pada 19 Februari lalu di rumah mereka di Kampung Tok Kuning.

Menurut kertas pertuduhan, Mohd Hamdan melilit leher isterinya, Junifawin Dasari dengan rantai besi pada jam 10 pagi kerana terlalu leka bermain WhatsApp sehingga mengabaikan kerja rumah.

Bagaimanapun, Junifawin berjaya melarikan diri ke balai polis dengan rantai besi masih di lehernya untuk membuat laporan.

Pasangan itu telah empat tahun berkahwin dan memperoleh dua orang anak.

Mohd Hamdan didakwa mengikut Seksyen 342 kanun keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga setahun.

Pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Mohd Izni Ibrahim.

Mohd Izni menetapkan jaminan RM5,500 dengan seorang penjamin.

Kes ditangguh bagi memberi masa Mohd Hamdan melantik peguam bela.

Sumber : Awani

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post