Malu Deklarasi Kelantan Tun M Dakwa Ku Li Dalang Guling PM

Malu Deklarasi Kelantan Tun M Dakwa Ku Li Dalang Guling PM

Malu Deklarasi Kelantan Tun M Dakwa Ku Li Dalang Guling PM

Malu Deklarasi Kelantan Tun M Dakwa Ku Li Dalang Guling PM

Malu Deklarasi Kelantan Tun M Dakwa Ku Li Dalang Guling PM

Malu Deklarasi Kelantan Tun M Dakwa Ku Li Dalang Guling PM


PUTRAJAYA Malu terkejut besar lihat musuh lamanya tampil sokong Perdana Menteri, bekas pemimpin negara cuba membuat cerita baharu konon Tengku Razeleigh Hamzah dalangmenjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dakwaan terbaharu itu dibuat Tun Dr. Mahathir Mohamad yang turut menuduh bahawa beliau didatangi Tengku Razaleigh dan memberikan idea menggulingkan Perdana Menteri menerusi usul undi tidak percaya di Parlimen.

Kemudian beliau akan menguar-uarkan usul undi tidak percaya dalam kalangan anggota Parlimen dan walaupun beliau mengatakan boleh mendapat undi majoriti anggota Dewan Rakyat, tetapi beliau tidak dapat sebenarnya.

Beliau tidak buat apa-apa pun. Ku Li (nama panggilan lain Tengku Razaleigh) hanya minta orang lain buat untuk pihak beliau. Beliau suruh saya jumpa orang Sarawak dan saya buat. Saya ikut suruhan dia, dakwaMahathir lagi.

Tuduhan konon bekas perdana menteri itu menjadi mangsa yang dipergunakan secara licik oleh Tengku Razaleigh didedahkan sendiri oleh Mahathir tanpa bukti pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan terbaharu Ku Li dan beberapa pemimpin UMNO Kelantan pada Khamis menandatangani Deklarasi Kelantan bagi menyuarakan sokongan terhadap Perdana Menteri.

ku-li-pm-1


Mantan presiden UMNO itu berkata, Ku Li pernah mencadangkan agar Perdana Menteri diturunkan menerusi usul tidak percaya di Dewan Rakyat, namun kini Ahli Parlimen Gua Musang itu pula berpaling menyokong Najib.

Mahathir seterusnya mendakwa konon perubahan drastik pendirian Ku Li mungkin disebabkan tokoh veteran Kelantan itu merasakan isu seorang pemimpin negara hilang RM42 bilion bukanlah satu perkara yang besar.

Saya takkan sokong orang macam itu. Tapi saya rasa beliau (Ku Li) sokong.Mengulas lanjut, Mahathir berkata, pengkhianatan Ku Li itu bukan sesuatu luar biasa kerana pernah berbuat demikian beberapa kali sebelum ini.

Apabila beliau kalah pemilihan, beliau menyaman parti (UMNO) dan keputusannya kemudian parti langsuang diharamkan. Saya terpaksa ambil masa bina semula parti yang berkecai dan beliau pula pergi tubuhkan parti lain.

Apa yang kita boleh harapkan daripada orang yang macam ini? soal Mahathir tanpa menjelaskan ketidakhadiran Tengku Razeleigh pada majlis pengumuman Deklarasi Rakyat anjuran beliau dengan pembangkang sebelum itu.

Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Komen
Sumber: mynewshub



BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post