Pilu seorang isteri terpaksa lihat sendiri suami yang baru dikahwini 10 hari terkapai-kapai lemas dibawa arus deras

Pilu, isteri saksi suami lemas dibawa arus deras

Seorang remaja yang baharu sahaja mendirikan rumah tangga pada 18 Mac lalu lemas ketika mandi manda dan berkelah bersama isteri di Sungai Pahang berhampiran Kampung Perian, semalam.

Ketika kejadian, turut bersama mangsa yang berusia 18 tahun itu adalah kakak, adik ipar dan seorang rakan.

‎Dalam kejadian pada lebih kurang jam 6.30 petang itu, Muhammad Aiman Syafiq Norsiddin yang berasal dari Felda Jengka 8, dikatakan lemas ketika cuba berenang menyeberangi sungai bersama rakannya namun tenggelam dibawa arus deras.

Menurut rakannya, Muhammad Zaidi Jaafar, 20, ketika kejadian, air sungai agak terlalu deras sehingga dia sendiri juga nyaris lemas.

“Kami tiba di tempat kejadian lebih kurang jam 5.30 petang‎. Ketika sampai, kami bertemu dengan empat lagi kawan arwah (mangsa).

“Saya dan salah seorang kawan dia berenang dahulu. Kawan dia lepas ke seberang, tapi saya tidak lepas jadi saya patah balik. Ketika hendak patah balik, kaki saya kejang dan nyaris lemas,” katanya.

Lebih memilukan apabila, ketika mangsa yang terkapai-kapai dan tenggelam dibawa arus turut, ia disaksikan oleh isteri mangsa, Nurfatihah Mat Yaki, 18, yang berada di tepi sungai itu bersama kakaknya, Izatie Mat Yaki, 20.

Sementara itu, Ketua Polis Jerantut, Suprintendan Azid Ismail mengesahkan menerima maklumat kejadian berkenaan pada pukul 6.45 petang semalam dan mayat mangsa dibawa oleh anggota polis ke Hospital Jerantut untuk tujuan bedah siasat.

“Hasil bedah siasat dua orang pegawai perubatan mendapati mangsa mati lemas dan mayatnya telah dituntut oleh keluarganya malam semalam untuk dikebumikan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post