KAHWIN KAU MAHU, TAPI BAB NAFKAH...! "RM50 Cukuplah Untuk Belanja Dapur Sebulan" - Suami Kedekut

KAHWIN KAU MAHU, TAPI BAB NAFKAH...! "RM50 Cukuplah Untuk Belanja Dapur Sebulan" - Suami Kedekut

KAHWIN KAU MAHU, TAPI BAB NAFKAH...! "RM50 Cukuplah Untuk Belanja Dapur Sebulan" - Suami Kedekut

KAHWIN KAU MAHU, TAPI BAB NAFKAH...! "RM50 Cukuplah Untuk Belanja Dapur Sebulan" - Suami Kedekut

KAHWIN KAU MAHU, TAPI BAB NAFKAH...! "RM50 Cukuplah Untuk Belanja Dapur Sebulan" - Suami Kedekut

Saya sudah berkahwin 3 tahun. Suami saya seorang yang kedekut dengan duit belanja. Kadang-kadang saya minta duit belanja dapur, dia cuma bagi RM50 sahaja.


ARTIKEL MENARIK: "Ibu Hanya Mampu Besar Awak Berdua Di Dalam Bangsal Ini Sahaja" Itulah Rintihan Seorang Wanita Yg Di Tinggalkan Suami. Kisah Mereka Terpinggir Tapi Aku Menulis agar Semua Org Membuka Mata. Silalah Membantu Mereka-mereka Ini. JOM SHARE JIKA ANDA SAYANG MEREKA

RM50 itulah buat belanja beli barang dapur dan beli lauk. Pening juga nak kena bahagikan. Kadang-kadang saya segan sebab asyik nak meminta. Nanti jawapan dia, 

"Aiikk? Kan dah bagi masa tu, dah habis ke?"

Saya malas nak cakap banyak, terus masuk bilik. 

Zaman macam sekarang ini, RM50 dapat beli apa saja? Beras, sabun lagi, belum bawang, lada bagai. Saya kalau sudah geram sangat, saya ambil duit dia dalam dompet tanpa pengetahuan dia. 

Satu hari itu, terkantoi, padahal saya cuma ambil RM10 sahaja. Tetapi suami mengamuk bagai pa, siap nak ceraikan saya sebab saya curi duit dia. 

Persoalannya, apa yang harus saya buat dengan suami yang kedekut ini? Berdosa tak kalau saya terus mengambil duit dia tanpa pengetahuan dia? Saya tiada pilihan. 

JAWAPAN: 

Merujuk kepada persoalan, bolehkah isteri mengambil duit suami kerana keperluan tertentu dan suami hanya membeli barang keperluan dan kadang-kala suami tak ada, isteri tak ada duit untuk membeli keperluan makanan, maka ini jawapannya. 

ISteri boleh mengambil wang suami hanya pada kadar yang diperlukan sahaja. Dalam satu hadis menceritakan tentang Hindun, isteri Abu Sufyan, yang mengadu kepada Nabi tentang suaminya yang kedekut tidak memberikan belanja yang mencukupi untuk isteri dan anak-anak. 

Nabi berkata kepada Hindun,

"Kami ambillah dari hartanya kadar yang mencukupi untuk kamu dan anak kamu mengikut kebiasaannya" 

(Hadis riwayat al-Jamaah)

Namun isteri tidak boleh menyedekahkan duit itu kepada masjid atau memberinya kepada golongan memerlukan kerana duit itu hanya boleh digunakan untuk keperluan dirinya dan anak-anak sahaja.

Begitu juga duit itu tidak boleh digunakan untuk menunaikan umrah. Hukum umrah sah tetapi berdosa di sisi Allah kerana rezeki tidak halal (dikira syubhah kerana mengambilwang tanpa pengetahuan suami). Namun keadaan berlaku sebaliknya jika suami memberikan keizinan dan menghalalkan perbuatan isteri. - Siti Noorbayah Abd Rahman | PIXEL MEDIA

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:




BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post