Kuatkuasa 1 Julai, Inilah Pampasan Yg Anda Terima Jika Penerbangan Lewat ! No 3 Tu Paling AWESOME !

Kuatkuasa 1 Julai, Inilah Pampasan Yg Anda Terima Jika Penerbangan Lewat ! No 3 Tu Paling AWESOME !

Kuatkuasa 1 Julai, Inilah Pampasan Yg Anda Terima Jika Penerbangan Lewat ! No 3 Tu Paling AWESOME !

Kuatkuasa 1 Julai, Inilah Pampasan Yg Anda Terima Jika Penerbangan Lewat ! No 3 Tu Paling AWESOME !

Kuatkuasa 1 Julai, Inilah Pampasan Yg Anda Terima Jika Penerbangan Lewat ! No 3 Tu Paling AWESOME !

PUTRAJAYA - Berkuatkuasa 1 Julai lalu, penumpang layak mendapatkan makanan, panggilan telefon terhad dan akses internet jika penerbangan mereka ditangguh melebihi dua jam. Manakala penginapan hotel dan pengangkutan juga perlu disediakan pada penumpang sekiranya penangguhan lebih dari lima jam, lapor Free Malaysia Today.


ARTIKEL MENARIK: Gambar Kereta Sultan Ibrahim Yang Menggunakan Nombor Plat F1 Kini Tersebar

Pengarah Hal Ehwal Pengguna Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom), Pushpalatha Subramaniam berkata, itu antara piawaian minimum bagi memastikan hak penumpang udara terjamin di bawah Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016. Kod itu tertakluk kepada semua syarikat penerbangan tempatan dan asing yang mendarat di semua lapangan terbang di negara ini.

Penumpang yang mengambil insurans perjalanan akan dibayar pampasan, manakala yang tidak membeli insurans juga turut dilindungi di bawah kod tersebut.

Di bawah kod itu, syarikat penerbangan perlu mendedahkan tambang penuh termasuk pecahan tambang dan cukai. Namun mereka dilarang menambah perkhidmatan seperti insurans perjalanan atau bayaran bagasi secara automatik.

Syarikat penerbangan juga perlu menerima tempahan daripada OKU dan membayar pampasan bagi kelewatan penerbangan, pembatalan penerbangan, pampasan untuk bagasi rosak, hilang atau lewat tiba ke destinasi.

"Kami menggalakan pengguna membuat aduan dengan syarikat penerbangan secara terus di lapangan terbang. Jika tiada penyelesaian 30 hari, mereka boleh mengadu kepada kami," katanya.

Sejak bulan Mei lalu, Mavcom telah menerima kira-kira 100 aduan melalui www.mavcom.my sehingga kini. Hampir 98% aduan itu telah dikemukakan kepada syarikat penerbangan dan lapangan terbang dahulu dengan 95% daripadanya berjaya diselesaikan oleh Mavcom yang antaranya pengadu tidak berpuas hati dengan kaedah penyelesaian yang membabitkan isu pembayaran balik, pembatalan penerbangan dan kehilangan bagasi.

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post