Sultan Johor Murka Tun M Persoal Bangsa Johor

Sultan Johor Murka Tun M Persoal Bangsa Johor

JOHOR BAHRU – Sultan Johor mengkritik keras kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung konsep Bangsa Johor yang tidak disetujui oleh bekas perdana menteri itu.

Sultan Johor Murka Tun M Persoal Bangsa Johor
Sultan Johor Murka Tun M Persoal Bangsa Johor
Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menyuarakan rasa tidak berkenan baginda terhadap kenyataan Mahathir bahawa konon konsep tersebut akan memecah-belahkan perpaduan rakyat.


ARTIKEL MENARIK: Inilah PERKARA MENGERIKAN Yang Berlaku 10 Hari Sebelum MERDEKA Yang Ramai TAK TAHU !!!

“Komen tidak wajar Mahathir ini menunjukkan beliau kurang pengetahuan mengenai sejarah Johor,” titah baginda kepada portal The Star Online.

“Moyang saya, Sultan Sir Ibrahim telah mengadakan seruan kepada Bangsa Johor pada tahun 1920 untuk menyatupadukan rakyat berbilang bangsa di bawah satu panji.

“Ini demi mewujudkan kerjasama, keharmonian dan keamanan yang lebih baik. Tiada kaum atau individu yang dipinggirkan. Visi almarhum ini terbukti benar.”

“Konsep Bangsa Johor ini malah telah diperkenalkan sebelum Mahathir dilahirkan lagi. Beliau tidak tahu apa yang beliau katakan,” titah Sultan Johor.

Baginda mengulas kenyataan Mahathir apabila ditanya mengenai pandangannya terhadap konsep Bangsa Johor pada sesi Wacana Perdana Ke-20 bertajuk ‘Hubungan Persekutuan-Negeri di Malaysia’ di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, pada Rabu.

Bekas perdana menteri itu berkata, perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia boleh diruntuhkan sekiranya rakyat lebih banyak mengamalkan konsep kenegerian.

Mahathir berkata, rakyat seharusnya dikenali sebagai rakyat Malaysia, daripada bergelar bangsa Johor atau Kedah misalnya kerana negara akan lebih makmur sekiranya semua bersatu.

Walaupun Johor boleh mempromosikan idea seperti ‘Bangsa Johor’ yang merupakan hak kebebasan, tetapi Mahathir berkata, tetapi ia tidak seharusnya menjurus kepada pemisahan daripada Malaysia.

“Lagipun, kita semua rakyat Malaysia, tanpa mengira warna kulit, agama, etnik atau kedudukan,” kata Mahathir.

Dalam pada itu, Sultan Ibrahim bertitah lagi, Mahathir bukanlah orang yang sesuai untuk bercakap mengenai perpaduan kaum.

“Beliau memecah-belahkan rakyat termasuk orang Melayu sendiri, manakala beta menyatukan rakyat Malaysia daripada semua kaum termasuk orang Melayu,” titah Sultan Johor.

Sultan Ibrahim menitahkan Mahathir agar perlu memahami bahawa semua negeri mempunyai kebanggaan jati diri unik mereka tersendiri tetapi ia tidak bermakna mereka akan melupakan Persekutuan.

“Ia adalah sebahagian daripada imaginasi Mahathir. Beliau hanya menimbulkan masalah, maka beta menasihatkan beliau supaya tutup mulut.”

Sultan Ibrahim bertitah, Mahathir meraih reputasi dengan menjadi pihak yang berkonfrontasi sehingga menyebabkan perpecahan, terutama dalam dasar hubungan luarnya.

“Beliau bertelagah dengan ramai pemimpin dunia termasuk dengan negeri jiran kita, Singapura dan ia memberi kesan kepada Malaysia.

“Tun Mahathir merupakan punca kepada masalah di negara ini, pada ketika ini. Beliau tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam negeri beta. Beta tidak akan bertolak ansur dengan sikap beliau,” titah Sultan Johor. – Mynewshub.cc





________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post