GEMPAR ! 3 Anggota Polis HENJUT Seorang Gadis Dalam BALAI POLIS ! Rupanya Macam Ni Cara Dorang 'AYAT' Perempuan Tu !

GEMPAR ! 3 Anggota Polis HENJUT Seorang Gadis Dalam BALAI POLIS ! Rupanya Macam Ni Cara Dorang 'AYAT' Perempuan Tu !

PUTRAJAYA: Tiga anggota polis masing-masing dikenakan penjara 12 tahun dan dua sebatan selepas mereka gagal dalam rayuan terakhir untuk mengetepikan sabitan kerana merogol seorang wanita Indonesia dan memaksanya melakukan seks oral.

GEMPAR ! 3 Anggota Polis HENJUT Seorang Gadis Dalam BALAI POLIS ! Rupanya Macam Ni Cara Dorang 'AYAT' Perempuan Tu !
GEMPAR ! 3 Anggota Polis HENJUT Seorang Gadis Dalam BALAI POLIS ! Rupanya Macam Ni Cara Dorang 'AYAT' Perempuan Tu !
Konstabel Remmy Anak Dana, 29; Syahiran Romli, 25; dan Korporal Nik Sin Mat Lazim, 37; didakwa melakukan dua kesalahan itu ke atas wanita berkenaan, berusia 25 tahun ketika itu, di Bilik 4 Berek Polis Perai di Butterworth, Pulau Pinang antara 6.40 pagi dan 7.30 pagi, 9 November 2012.



ARTIKEL MENARIK: Ishh Memalukan!..Guru wanita BERTUDUNG hadapi hukuman penjara 17 tahun PAKSA pelajar buat hubungan k3lamin dalam KERETA

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan oleh Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara menolak rayuan tiga anggota polis itu terhadap sabitan, hukuman penjara dan sebatan selepas memutuskan bahawa sabitan mereka adalah sempurna.

Dalam keputusannya, beliau berkata, pesuruhjaya kehakiman Mahkamah Tinggi, Azmi Ariffin tidak silap dalam keputusan mengenai fakta dan undang-undang tentang kes hingga memerlukan campur tangan Mahkamah Rayuan.

Anggota polis itu telah merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 2 Disember tahun lepas dalam mengekalkan sabitan mereka.

Mereka dibebaskan dengan jaminan RM30,000 tiap seorang sementara menunggu keputusan Mahkamah Rayuan.

Mahkamah Tinggi itu mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dengan sebatan ke atas tiap seorang itu kerana kesalahan merogol, dan mengurangkan hukuman penjara dari 12 tahun kepada lapan tahun dan satu sebatan kerana kesalahan melakukan seks oral tanpa persetujuan wanita itu.

Mereka diarah menjalani hukuman serentak.

Pada 12 Mei tahun lepas, Mahkamah Sesyen Butterworth mendapati lelaki berkenaan bersalah atas dua tuduhan dan menjatuhkan hukuman berkenaan.

Berdasarkan fakta kes, wanita itu dan teman lelakinya dalam perjalanan pulang dari sebuah pub bila mereka ditahan oleh polis yang memeriksa dokumen perjalanan wanita itu.

Beliau kemudian dibawa ke balai polis selepas beliau diberitahu oleh Nik Sin bahawa salinan fotostat pasportnya tidak boleh diterima dan teman lelakinya pulang semula ke rumah bagi mendapatkan pasport wanita itu.

Di balai polis itu, beliau dibawa ke sebuah bilik di mana beliau dirogol dan disuruh melakukan seks oral.

Beliau kemudian dihantar pulang ke rumah pada hari yang sama dengan kereta Syahiran dan diminta tidak memberitahu sesiapa tentang apa yang telah berlaku.

Ketiga-tiga mereka menafikan telah mengadakan hubungan seks dengan wanita itu.

Mereka diwakili oleh peguam R.S.N Rayer sementara timbalan pendakwa raya Suhaimi Ibrahim bertindak bagi pihak pendakwaan. - Bernama

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post