Jamal Akhirnya Ditangkap Sebentar Tadi di KLIA. Kesal Ditahan Dalam Pesawat dan Malu Disaksikan Ahli Keluarganya

Jamal Akhirnya Ditangkap Sebentar Tadi di KLIA. Kesal Ditahan Dalam Pesawat dan Malu Disaksikan Ahli Keluarganya

Jamal Akhirnya Ditangkap Sebentar Tadi di KLIA. Kesal Ditahan Dalam Pesawat dan Malu Disaksikan Ahli Keluarganya

Jamal Akhirnya Ditangkap Sebentar Tadi di KLIA. Kesal Ditahan Dalam Pesawat dan Malu Disaksikan Ahli Keluarganya

 Jamal kesal ditahan dalam pesawat... disaksikan ahli keluarga

KEMASKINI Ketika berita ini ditulis... ramai yang tertanya-tanya apa sebab pemimpin Baju Merah Datuk Seri Jamal Yunos ditahan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pagi Rabu.



ARTIKEL MENARIK:
1. Naikkan Kadar GST Sebanyak 8% Dengan Segera Atau Kerajaan Terpaksa Jual Aset Negara

2. 10,000 Drebar Teksi Pulang Balik Kereta, Tidak Tahan Penangan GrabCar, Uber….., Kami Kena Bayar Sewa Tinggi Penumpang Pulak Sikit, Camna Kami Nak Cari Makan…??

3. Polis TERKEJUT Isteri Meraung Keluar Tandas..Suasana Kecoh Bila Suami Sebenarnya…

4. Luahan Sayu Tun Siti Hasmah Apabila Tun Mahathir Dihina Buat Ramai SEBAK !!!


Apakah kerana ada kaitan dengan propaganda pembangkang yang menggunakan FB palsu mendakwa Jamal mahu mencetuskan semula 13 Mei?




Atau kaitan dengan laporan polis pemimpin Bersih Maria Chin Abdullah yang untuk rekod relaks ke sana ke mari walaupun merupakan penganjur perhimpunan haram.

Jamal tiba dari Dubai kira-kira jam 8.30 pagi sebelum ditahan pihak berkuasa.

Jamal ketika dihubungi berkata anggota polis telah bersiap sedia di KLIA 'menjemput'nya di pesawat.

"Saya 'dijemput' dari dalam kapal terbang.

"Penahanan ini dilakukan di lapangan terbang, saya bukan nak melarikan diri. Selepas hantar keluarga balik saya boleh datang ke balai polis," katanya.

Bagaimanapun, jelasnya beliau akur dengan tindakan pihak polis dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya.

Jamal berkata, sebelum ini beliau telah memaklumkan bahawa beliau sendiri akan berhubung dengan pihak polis sebaik pulang ke Malaysia.

"Mereka (polis) tak ada hubungi saya tapi saya ada maklumkan akan datang ke balai.

"Saya kesal kerana ditangkap di depan keluarga, anak-anak dan orang rumah saya. Setabah mana pun keluarga kita, mereka pasti akan tersentuh perasaan," katanya yang berada di London selama seminggu atas urusan perniagaan.

Jamal berkata beliau masih belum pasti punca penahanannya.

Dari rakaman video yang dilihat Agendadaily lebih lebih tujuh orang polis tanpa uniform terlibat dengan penahanan tersebut.



"Saya tidak pasti mengapa saya ditahan tetapi saya fikir ia adalah kaitan dengan kumpulan Baju Merah," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata penahanan Jamal mempunyai kaitan dengan insiden yang melibatkan sebuah kumpulan anti-Bersih di Teluk Intan dan Sabak Bernam.

Selanjutnya rakaman video boleh dilihat di SINI

Beliau mengesahkan bahawa Jamal telah ditahan oleh pegawai Jabatan Siasatan Jenayah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pagi Rabu.

"Beliau ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden keganasan di Teluk Intan dan Sabak Bernam yang melibatkanpenyokong anti-Bersih.

"Kedua-dua kejadian berlaku semasa konvoi Bersih itu," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

-19/10/2016


Sumber

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post