PANAS!! AYAI ILUSI Dedah PENIPUAN SYAMEL AF, Rasa KESAL Dengan Penyanyi Itu, Lagu 'Hidup Dalam Mati' DICIPLAK

PANAS!! AYAI ILUSI Dedah PENIPUAN SYAMEL AF, Rasa KESAL Dengan Penyanyi Itu, Lagu 'Hidup Dalam Mati' DICIPLAK

PANAS!! AYAI ILUSI Dedah PENIPUAN SYAMEL AF, Rasa KESAL Dengan Penyanyi Itu, Lagu 'Hidup Dalam Mati' DICIPLAK

PANAS!! AYAI ILUSI Dedah PENIPUAN SYAMEL AF, Rasa KESAL Dengan Penyanyi Itu, Lagu 'Hidup Dalam Mati' DICIPLAK

PANAS!! AYAI ILUSI Dedah PENIPUAN SYAMEL AF, Rasa KESAL Dengan Penyanyi Itu, Lagu 'Hidup Dalam Mati' DICIPLAK


"Saya sedar perkara itu selepas konsert akhir Akademi Fantasia 2015 apabila diberitahu oleh Idris sendiri, lagu nyanyian Syamel 'Hidup Dalam Mati' mempunyai melodi yang sama dengan lagu ciptaan saya cuma ditukar lirik dan dimodenkan," dedah penyanyi Ayai Ilusi selepas sekian lama berdiam diri.


ARTIKEL MENARIK
1. TERKINI...PANAS AMIK KAU SELEPAS BERDIAM DIRI..FUH !! INI RESPON BALAS Ogy Ahmad Daud JAWAB ISU 'Dia Memang Kurang Ajar, Sampai Senda Mak Bapa Saya' JANGAN SENTAP SIAPAPUN BACA PASTI SOKONG

2. TERKINI ! SAH ! Ramli MS Berdepan Hukuman Penjara

3. Kisah Hidup Sri Vida Yang Ramai Tidak Tahu Betapa Susahnya Dan Wajahnya Sebelum Menjadi Jutawan

4. "Sebagai Penaja Terbesar Dalam Rancangan Ini Saya Tidak Membenarkan Elly Mazlien Tarik Diri! Contract Sudah Sign! Maka Itu Saya Memutuskan Untuk. . .",

5. Terlalu Ramai Komplen Dan Ingin Boikot GV3, Akhirnya Saat Yang Ditunggu Buat Semua Peminat Elly Mazlien! Astro Buat Keputusan Yang Mengejutkan Kepada Elly Mazlien!

LAGU DICIPLAK SYAMEL - AYAI ILUSI LUAH RASA KESAL

Menurut Ayai, melodi 'Hidup Dalam Mati' nyanyian Syamel (AF 2015) merupakan karyanya yang diciplak oleh penyanyi itu.

Ayai atau nama sebenarnya Zaharuddin Kamaruddin, 54, berkata, lagu berkenaan dihasilkannya khas untuk finalis Kilauan Emas 3 iaitu Idris berjudul 'Ku Kejar Bayang Mu'.

"Apa yang saya kesal mengapa tiada seorang daripada pihak Syamel yang memaklumkan kepada saya tentang perkara itu sejak sekian lama malah Syamel sendiri tanpa segan silu mengaku ia adalah karya ciptaannya sendiri.

"Selama ini saya hanya berdiam kerana saya mahu lihat sejauh manakah pihak-pihak terlibat hendak mengaku ia karya mereka. Bagaimanapun ada pihak menasihati saya agar menuntut keadilan kerana ia melibatkan hak cipta.



"Lagi pun saya kasihankan Syamel, saya tidak mahu kerjaya dia musnah kerana pendedahan saya ini," katanya ketika diminta mengulas tentang lagu 'Hidup Dalam Mati' yang dicalonkan dalam kategori Lagu Pop Terbaik di Anugerah Industri Muzik 22 (AIM 22).

Lagu 'Hidup Dalam Mati' yang tercalon itu tertera namanya sebagai komposer bersama sedangkan selama ini semua pihak dimaklumkan karya berkenaan ialah milik Syamel.

Ayai berkata, perkara itu terbongkar selepas lagu tersebut menghadapi masalah untuk dipertandingkan ke Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Industri Muzik 22 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Katanya, selepas insiden itu, baharulah dia dihubungi oleh DD Music Sdn Bhd milik Edry Abdul Halim selaku penerbit untuk urusan perjanjian dan penyediaan kontrak.

"Saya gembira lagu itu menerima sambutan hangat sehingga dicalonkan ke peringkat Anugerah Planet Muzik di Singapura. Cuma mereka menghadapi masalah bila perkara itu diketahui oleh pihak penganjur AIM dan Muzik-Muzik yang meminta ia diselesaikan. Kerana perkara itu barulah mereka hendak melakukan rundingan," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Jelas Ayai, dia turut kesal apabila pihak DD Music tidak berbincang terlebih dahulu sebaliknya terus menyediakan kontrak untuk mengagihkan royalti sebanyak 50 peratus kepada dia tanpa apa-apa persetujuan yang dicapai.

Dia juga kecewa sehingga kini tiada seorang pun termasuk Syamel sendiri tampil untuk meminta maaf atas perkara yang berlaku itu.

Dalam pada itu, Ayai berkata, dia tidak mempunyai sebarang niat yang tidak baik untuk mendedahkan perkara ini. Sebaliknya dia tidak mahu gejala ciplak atau plagiat menjadi sesuatu yang diamalkan dalam industri muzik tanah air.

"Sebenarnya saya memang tidak mahu besarkan perkara ini tapi saya juga tidak mahu aktiviti ciplak menjadi satu perkara yang biasa dalam industri kita. Mereka seharusnya fikir dahulu tentang halal dan haram sesuatu sumber pendapatan yang diambil daripada hak orang lain," jelasnya.











Sumber asal: myartis.com

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post