PANAS ! Rupanya Ini Punca Sebenar Nora DISINGKIRKAN Dari Gegar Vaganza Malam Tadi, Dia Sendiri Pun Tak Boleh Terima Sebab Ni !

PANAS ! Rupanya Ini Punca Sebenar Nora DISINGKIRKAN Dari Gegar Vaganza Malam Tadi, Dia Sendiri Pun Tak Boleh Terima Sebab Ni !

SHAH ALAM: Penyanyi Nora menerima keputusan tersingkir daripada musim ketiga Gegar Vaganza (GV3) jika berdasarkan kelemahan persembahannya pada konsert separuh akhir program realiti itu, malam tadi.

PANAS ! Rupanya Ini Punca Sebenar Nora DISINGKIRKAN Dari Gegar Vaganza Malam Tadi, Dia Sendiri Pun Tak Boleh Terima Sebab Ni !
PANAS ! Rupanya Ini Punca Sebenar Nora DISINGKIRKAN Dari Gegar Vaganza Malam Tadi, Dia Sendiri Pun Tak Boleh Terima Sebab Ni !

Namun, Nora menganggap tidak adil jika langkahnya dalam pertandingan itu terhenti andai berkait dengan isu salah faham berhubung tindakan menukar lagu.



ARTIKEL MENARIK:
1. VIDEO: Jom Tonton LIVE Video Gegar Vaganza Separuh Akhir, HD & Tanpa Sangkut²

2. KECOH….!! Hubungan Fattah Amin Dan Neelofa Jadi Tanda Tanya…. Kantoi!!! Pereka Fesyen Dedah 5 Gambar Candid Mereka 'Berdating'!! Pasti Anda Terkejut Beruk Melihatnya...

3. (TERKINI) Zizan Razak Jatuh Sakit Secara Mengejut, Dikejarkan Ke Hospital

4. Mak Bapak Mengamuk Tengok Filem Upin Ipin - 'FILEM SAMPAH !'

5. [VIDEO] Ifa Raziah Dikritik Netizen Kerana Aksi Tarian “Menghairahkan” Dan Terlampau Gedik

"Saya terima sekiranya tersingkir kerana persembahan saya tidak bagus dan mendapat markah paling rendah. Saya rasa teraniaya sekiranya tersingkir kerana isu yang membabitkan kritikan dalam kalangan netizen dan beberapa pihak tertentu," katanya kepada BH Online.

Penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema itu mengaku terkilan andai dirinya tersingkir kerana isu yang timbul, sedangkan dia sudah cuba memuaskan hati semua pihak. Sebelum ini, netizen mempertikai tindakan Nora yang dikatakan menukar lagu dengan memilih dendangan sendiri daripada menyanyikan lagu pilihan media, dalam meneruskan cabaran separuh akhir GV3.

Nora mengaku isu lagu itu mengganggu tumpuannya dalam GV3.

"Perkara ini sangat mengganggu saya dan tumpuan dalam pertandingan ini. Saya dibiarkan sendiri tanpa ada kenyataan daripada pihak sepatutnya. "Saya terima dan saya tetap menyanyikan. Lagu All I Ask dari Adele yang dipilih untuk saya. Memang saya tidak ada masalah untuk menyampaikannya sejak awal," katanya.

Keputusan untuk menyanyikan lagu berkenaan dibuat Khamis lalu selepas berbincang dengan pihak produksi.

Namun, Nora menganggap rezekinya hanya sampai ke minggu ketujuh GV3 dan banyak pengalaman diperolehnya.

Nora mengaku tidak menyesal menyertai GV3 biarpun ramai yang menganggap dia tidak sepatutnya bertanding. Bagi Nora pertandingan itu adalah platform terbaik untuk memberi peluang kepada penyanyi muncul semula dan memeriahkan industri hiburan tempatan.

"Saya sedih bila timbul isu yang tidak sepatutnya. Saya tidak pernah ada masalah dengan media dan saya bukan artis baharu. Saya sudah menyanyi lebih 20 tahun, tidak ada kononnya saya sombong atau berangan diva. Saya bukan baharu menyanyi," katanya.

Gegaran Nora terhenti selepas mendapat markah terendah di belakang enam peserta lain dalam pertandingan yang diadili barisan juri profesional iaitu Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim serta juri jemputan Puan Sri Tiara Jaquelina.

Nora mendendangkan lagu medley Sandiwara dan All I Ask serta duet bersama Aizat Amdan menerusi lagu berjudul Lagu Untukmu dendangan asal Meet Uncle Hussein.

Sementara itu, Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, Nora memberikan persembahan terbaik namun persaingan peserta lain sangat sengit. Raqim berkata, penyanyi berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang itu wajar diberi pujian kerana berani menyahut cabaran.

"Persaingan sangat sengit dan saya percaya Nora sudah berikan yang terbaik," katanya. Raqim berkata, enam finalis yang bakal berentap pada pentas akhir akan diuji dengan dua lagu termasuk cabaran 'battle' antara mereka.

Pertandingan akhir GV3 akan berlangsung Ahad ini di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini. Program itu disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria dan Astro Maya HD.

Info: Kedudukan peserta pada persembahan separuh akhir GV3:

1. Azharina (80.80%)
2. Zarul (79.85%)
3. Siti Sarah (78.20%)
4. Intan Sarafina (76.90%)
5. Ameng (71.35%)
6. Gmie (63.35%)
7. Nora (61.25%)

SHAH ALAM: Penyanyi Nora menerima keputusan tersingkir daripada musim ketiga Gegar Vaganza (GV3) jika berdasarkan kelemahan persembahannya pada konsert separuh akhir program realiti itu, malam tadi. Namun, Nora menganggap tidak adil jika langkahnya dalam pertandingan itu terhenti andai berkait dengan isu salah faham berhubung tindakan menukar lagu. "Saya terima sekiranya tersingkir kerana persembahan saya tidak bagus dan mendapat markah paling rendah. Saya rasa teraniaya sekiranya tersingkir kerana isu yang membabitkan kritikan dalam kalangan netizen dan beberapa pihak tertentu," katanya kepada BH Online. Penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema itu mengaku terkilan andai dirinya tersingkir kerana isu yang timbul, sedangkan dia sudah cuba memuaskan hati semua pihak. Sebelum ini, netizen mempertikai tindakan Nora yang dikatakan menukar lagu dengan memilih dendangan sendiri daripada menyanyikan lagu pilihan media, dalam meneruskan cabaran separuh akhir GV3. Nora mengaku isu lagu itu mengganggu tumpuannya dalam GV3. "Perkara ini sangat mengganggu saya dan tumpuan dalam pertandingan ini. Saya dibiarkan sendiri tanpa ada kenyataan daripada pihak sepatutnya. "Saya terima dan saya tetap menyanyikan. Lagu All I Ask dari Adele yang dipilih untuk saya. Memang saya tidak ada masalah untuk menyampaikannya sejak awal," katanya. Keputusan untuk menyanyikan lagu berkenaan dibuat Khamis lalu selepas berbincang dengan pihak produksi. Namun, Nora menganggap rezekinya hanya sampai ke minggu ketujuh GV3 dan banyak pengalaman diperolehnya. Nora mengaku tidak menyesal menyertai GV3 biarpun ramai yang menganggap dia tidak sepatutnya bertanding. Bagi Nora pertandingan itu adalah platform terbaik untuk memberi peluang kepada penyanyi muncul semula dan memeriahkan industri hiburan tempatan. "Saya sedih bila timbul isu yang tidak sepatutnya. Saya tidak pernah ada masalah dengan media dan saya bukan artis baharu. Saya sudah menyanyi lebih 20 tahun, tidak ada kononnya saya sombong atau berangan diva. Saya bukan baharu menyanyi," katanya. Gegaran Nora terhenti selepas mendapat markah terendah di belakang enam peserta lain dalam pertandingan yang diadili barisan juri profesional iaitu Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim serta juri jemputan Puan Sri Tiara Jaquelina. Nora mendendangkan lagu medley Sandiwara dan All I Ask serta duet bersama Aizat Amdan menerusi lagu berjudul Lagu Untukmu dendangan asal Meet Uncle Hussein. Sementara itu, Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, Nora memberikan persembahan terbaik namun persaingan peserta lain sangat sengit. Raqim berkata, penyanyi berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang itu wajar diberi pujian kerana berani menyahut cabaran. "Persaingan sangat sengit dan saya percaya Nora sudah berikan yang terbaik," katanya. Raqim berkata, enam finalis yang bakal berentap pada pentas akhir akan diuji dengan dua lagu termasuk cabaran 'battle' antara mereka. Pertandingan akhir GV3 akan berlangsung Ahad ini di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini. Program itu disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria dan Astro Maya HD. Info: Kedudukan peserta pada persembahan separuh akhir GV3: 1. Azharina (80.80%) 2. Zarul (79.85%) 3. Siti Sarah (78.20%) 4. Intan Sarafina (76.90%) 5. Ameng (71.35%) 6. Gmie (63.35%) 7. Nora (61.25%)

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/217607

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post