Header Ads

ALLAHUAKBAR ! Rupanya Ini Permintaan TERAKHIR Allahyarham SM Salim Sebelum Meninggal Dunia ! Memang TAK SANGKA !

loading...

KUALA LUMPUR, 29 Dis - Keluarga kepada penyanyi lagenda, Allahyarham Tan Sri SM Salim, berharap agar stesen radio dan badan penyiaran tempatan tidak menyiarkan lagu-lagu dendangan Allahyarham dalam satu tempoh selepas pemergian arwah.

ALLAHUAKBAR ! Rupanya Ini Permintaan TERAKHIR Allahyarham SM Salim Sebelum Meninggal Dunia ! Memang TAK SANGKA !
ALLAHUAKBAR ! Rupanya Ini Permintaan TERAKHIR Allahyarham SM Salim Sebelum Meninggal Dunia ! Memang TAK SANGKA !

Anak Allahyarham, Shamsul berkata ini sebagai memenuhi amanat yang pernah ditinggalkan oleh seniman itu semasa hayatnya agar lagu-lagu yang dinyanyikan olehnya tidak disiarkan sekurang-kurangnya 30 hari atau sebaik-baiknya 44 hari selepas beliau meninggal.


ARTIKEL MENARIK:
1. TERKINI : JAMAL MAKIN PANAS DAN .... Lepas Dengar Kata-Kata Panas ABBY ABADI DAN FAIZAL TAHIR

2. Isu ‘Kurang Subur’, Pusat Rawatan Kesuburan Minta Jamal Minta Maaf Pada Siti & Semua Wanita

3. PANAS... AMBIK KO!! Selepas Disindir Jamal Yunos, Ini Lagi Komen Balas Siti Nurhaliza!! PERGHH MAKAN DALAM!!!

4. Jangan Terkejut.. 10 Unsur Mengejutkan Dalam Drama 7 Hari Mencintaiku Yang Anda Tidak Tahu!!

5. JAMAL MALU BESAR ! Ini Respon Siti Lepas DIHINA Jamal Airnya Tak Subur ! TERBAIK Dato Siti ! Hahahaha


"Oleh itu kami berharap media tidak memainkan lagu Allahyarham sekurang-kurangnya dalam tempoh tujuh hingga 10 hari ini.

"(Namun) terpulang kepada budi bicara media untuk menyusun apa yang terbaik untuk arwah dan orang awam secara umum," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Shamsul berkata perkara itu pernah dibincangkan bersama bapanya yang pernah berpesan supaya lagu-lagu beliau tidak dimainkan selepas pemergiannya.

Namun Shamsul berkata ia adalah perkara subjektif kerana kebanyakkan hasil seni Allahyarham berada dalam simpanan media.

Allahyarham SM Salim, 88, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya pada 5.45 petang hari ini kerana sakit tua.

Dalam satu temuramah dengan Utusan pada 2001, Allahyarham pernah membuat permintaan agar lagunya tidak dimainkan sekurang-kurangnya 30 hari atau sebaik-baiknya 44 hari.

"Janganlah mainkan lagu saya selama sekurang-kurangnya 30 hari atau sebaik-baiknya 44 hari selepas saya meninggalkan dunia ini."

"Bukan apa, kita yang hidup di atas bumi tidak tahu apa yang berlaku kepada orang yang meninggal dunia, jadi berikan sedikit ruang kepada mereka. Itulah yang saya harapkan,'' katanya dalam temuramah itu.

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
Loading...

No comments

Powered by Blogger.