Kena Cas RM12.70 Jika Tidak Tukar Kad ATM Lama Kepada MyDebit Adalah Tidak Benar - Maybank

Kena Cas RM12.70 Jika Tidak Tukar Kad ATM Lama Kepada MyDebit Adalah Tidak Benar - Maybank

Sejak beberapa hari lalu menjadi viral di laman sosial bahawa bagi pemegang kad Debit bank Maybank, Cimb, RHB, dan BSN, jika mereka tidak menukar dengan kad baru sebelum tarikh yang dinyatakan, mereka akan dicas sebanyak RM12.70 oleh pihak bank.

Kena Cas RM12.70 Jika Tidak Tukar Kad ATM Lama Kepada MyDebit Adalah Tidak Benar - Maybank
Kena Cas RM12.70 Jika Tidak Tukar Kad ATM Lama Kepada MyDebit Adalah Tidak Benar - Maybank

Pihak Maybank dalam satu kenyataan mereka menafikan yang mereka akan mengenakan penalti sebanyak RM12.70 jika tidak menukar Kad Debit baru.


ARTIKEL MENARIK:
1. Rupa-Rupanya, Inilah Sebab Mengapa Rasulullah SAW Melarang Kencing Bendiri. Sangat Bahaya Kesan Kepada Lelaki. Kongsikan...

2. Maksud Sebenar Bin Binti Dan BTE Yang Selama Ini Belum Pernah Didedahkan! Mesti Korang Tak Sangka

3. Senarai Kopi Beracun Disahkan Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (Mohon Sebarkan!)

4. Ramai Salah Bancuh Susu Anak Sampai Hilang Khasiatnya, Berikut Adalah 5 Langkah Betul bancuh Susu Bayi

5. Inilah Sebab Utama Kenapa Jangan Bagi Anak Minum Milo Seawal Usia 7 Tahun. Kongsikan Demi Kesihatan Anak-Anak...

"Jika anda menerima mesej sedemikian, sila abaikannya, Maybank ingin menjelaskan bahawa kita menggalakkan semua pemegang Kad ATM / Debit untuk menukar kad mereka sebelum 18 Disember untuk mengelakkan kesulitan, terutama pada musim perayaan."

"Tiada sebarang cas terlibat untuk penggantian kali pertama," kata mereka.



maybank.PNG

Menjawab pertanyaan orang ramai mengenai tarikh akhir penukaran kad ATM, tarikh akhir penukaran kad lama kepada kad MyDebit adalah sehingga 31 Disember 2016 ini di mana selepas tarikh itu ia akan menjejaskan urusniaga pengeluaran di mesin ATM atau pembelian runcit di terminal Pin & Pay mulai 01.01.17.


ff.jpg

Jika anda belum lagi berbuat demikian, sila tukar kad anda dengan segera melalui Maybank2u, Debit Card Kiosk Penggantian atau kunjungi mana-mana cawangan Maybank di seluruh negara.

"Kami meminta semua pelanggan untuk merujuk kepada laman web kami di  www.maybank2u.com.my untuk maklumat terkini mengenai semua produk dan perkhidmatan kami, termasuk penggantian kad," jelas mereka.

Berikut adalah lokasi Kiosk penukaran Debit kad yang disediakan oleh Maybank.




Sumber: Siakap Keli

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post