• Breaking News

    Sunday, 22 January 2017

    MOHON SHARE ! Perogol Bersiri PALING KEJAM Di Dunia Akan Kembali Ke Malaysia Lepas 24 Tahun Dipenjarakan Di Kanada !

    loading...

    PETALING JAYA: Warga Malaysia berusia 56 tahun Selva Kumar Subbiah menghabiskan sebahagian besar kehidupan di penjara di Kanada atas kesalahan merogol beberapa wanita dan seorang remaja berusia 14 tahun.

    MOHON SHARE ! Perogol Bersiri PALING KEJAM Di Dunia Akan Kembali Ke Malaysia Lepas 24 Tahun Dipenjarakan Di Kanada !
    MOHON SHARE ! Perogol Bersiri PALING KEJAM Di Dunia Akan Kembali Ke Malaysia Lepas 24 Tahun Dipenjarakan Di Kanada !

    Walaupun berada di penjara, beliau menggunakan banyak nama palsu dan dengan bantuan seorang rakan wanita di luar, menipu wanita agar menghantar kepadanya gambar bogel dan hadiah.

    ARTIKEL MENARIK:
    1. Tragis Sekali!! ((10 Gambar))Bapa Kerat & Makan Organ Bayi Sendiri...

    2. VIDEO: 'Saya Cakap: 'Ni Lori Saya'. Lepastu Dia Angkat Tangan Terus.....' PEMANDU LORI BONGKAR CERITA SEBENAR !

    3. UPDATE ! Polis Terpaksa Pecah Pintu Rumah Suspek & Temui Sesuatu Yg Sangat MENGEJUTKAN ! Patutlah Gangster Sangat !

    4. DUNIA AKHIR ZAMAN!!(ViraL) Panik Lahirkan Anak 'Luar Nikah' Seorang Diri, 'Ibu' Sembelih, Kerat dan Buang Bayi Sendiri.

    5. NAHHH ! Inilah Foto & Facebook Pemilik Kereta WWC8908 Merc Yg Belasah Pemandu Lori ! SHARE !

    loading...

    Beliau akan dibebaskan dari penjara Kanada menjelang akhir bulan ini. Adakah beliau akan dihantar pulang ke sini?

    Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu FMT semalam: “Kami tidak menerima apa-apa berita daripada Kementerian Luar, tetapi kita akan memeriksa mengenainya.”

    Agensi Perkhidmatan Sempadan Kanada enggan mengesahkan jika Selva akan dihantar pulang atau kembali ke jalanan di Toronto, lapor akhbar yang berpangkalan di Kanada, Toronto Star.

    Tetapi jurucakap agensi itu memberitahu akhbar, penjenayah serius boleh dikeluarkan dari Kanada tanpa rayuan.

    Undang-undang imigresen Kanada memasukkan aktiviti jenayah sebagai sebab bagi sesuatu keadaan yang tidak dapat diterima tetapi semua warga asing disabitkan atau penduduk tetap masih perlu menjalani hukuman sebelum dikeluarkan dari Kanada.

    Menurut Toronto Star, pembebasan Selva dijangkakan bulan ini dengan amaran daripada kakitangan penjara yang beliau berisiko tinggi melakukan kesalahan semula, atau bahkan membunuh.

    Ia juga memetik rekod perbicaraan parol pada Jun tahun lalu, di mana pasukan pengurusan kes (CMT) berkata terapi penjara tidak memberi kesan kepadanya.

    “Pasukan CMT percaya anda mungkin melakukan sesuatu kesalahan yang menyebabkan kematian atau kemudaratan serius kepada orang lain sebelum habis (parol) dan oleh itu, mencadangkan perintah penahanan.

    “Fail maklumat menunjukkan anda terus bergelut dengan empati mangsa, penyesalan dan ketidakupayaan untuk bertanggungjawab penuh terhadap pilihan peribadi anda yang menyebabkan kekurangan mitigasi risiko,” rekod yang dipetik akhbar itu lagi.

    Toronto Star juga memetik seorang mangsa berkata beliau tidak berhenti daripada berasa bimbang dengan pembebasan Selva.

    Laporan menyatakan modus operandi Selva termasuk meggunakan pelbagai identiti, termasuk ejen bagi model, filem, penari profesional, peguam dan diplomat.

    Beliau juga memberi dadah kepada wanita yang dicampur dalam minuman sebelum merogol mangsa yang tidak sedarkan diri dan mengambil gambar bogel mereka.

    Selva dijatuhi hukuman 24 tahun penjara pada 21 Disember 1992. Beliau didapati bersalah terhadap 19 tuduhan serangan seksual, 28 pertuduhan mengedar dadah atau bahan berbahaya, 10 pertuduhan pelbagai serangan dan sedozen caj lain.

    Semasa ditangkap pada 1991, beliau ditemui bersama buku hitam yang mengandungi nama 170 wanita yang diberi nilai dari 0 hingga 10.

    ________________________________________________________
    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
    loading...

    No comments:

    Post a Comment

    Total Pageviews