Ramai TERKEJUT BERUK ! Inilah Bayaran Yg Diterima Aishah Untuk Buat 'PRANK' Sampai Mati Kim Jong-nam

Ramai TERKEJUT BERUK ! Inilah Bayaran Yg Diterima Aishah Untuk Buat 'PRANK' Sampai Mati Kim Jong-nam

CYBERJAYA: Dengan hanya diupah sebanyak RM400 bagi me­lakukan ‘prank’, salah seorang suspek utama kes pembunuhan Kim Jong-nam, Siti Aishah, 25, kini terpaksa berhadapan hukuman berat kerana terlibat dalam kes jenayah bunuh.

Ramai TERKEJUT BERUK ! Inilah Bayaran Yg Diterima Aishah Untuk Buat 'PRANK' Sampai Mati Kim Jong-nam
Ramai TERKEJUT BERUK ! Inilah Bayaran Yg Diterima Aishah Untuk Buat 'PRANK' Sampai Mati Kim Jong-nam

Dia yang ditahan bersama seorang lagi suspek wanita warga Vietnam, Doan Thi Huong, 29, minggu lalu mendakwa diminta melakukan perbuatan itu oleh dua lelaki yang hanya dikenali sebagai James dan Chan untuk menjayakan sebuah rancangan berbentuk realiti.


ARTIKEL MENARIK:
1. [VIDEO] Wanita Separuh Bogel Mati Direbus Hidup-Hidup

2. [ViraL] Kepala Dicucuk Benda Tumpul hingga Berlubang, Perut Dipijak Macam Binatang..Kes Buli SMK Bandar Sri Damansara, Mira Dicari sbg Suspek Utama

3. KINI TERSEBAR.. 7 Screenshot Perbualan Chat Sulit Antara King Coco Dan Seorang Wanita Yang Dimaki Teruk Kerana Didakwa Menggangu Suaminya!!! Walhal Wanita Itu Hanyalah..

4. Gambar Pemungut Sampah Dijadikan Bahan Lawak di Twitter Namun Warga Internet Tampil Pertahankannya

5. [VIDEO] Kakitangan Ambulan 'Minta Rasuah' Dulu Sebelum Bersetuju Hantar Pesakit Ke Hospital


loading...

Timbalan Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Andreano Erwin berkata, Siti Aishah memaklumkan kepada pihaknya bahawa dia tidak menyedari bahawa rancangan berbentuk realiti itu merupakan satu plot pembunuhan terancang.


‘‘Siti Aishah mendakwa tidak tahu cecair itu racun berbahaya dan memberitahu diberikan satu botol cecair seperti minyak bayi untuk melaksanakan tugas tersebut oleh lelaki asing.

‘‘Dia turut memberitahu kami bahawa dia tidak mengenali suspek warga Vietnam yang turut terlibat dalam plot pembunuhan itu,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berjumpa dengan Siti Aishah selama setengah jam di Kompleks Balai Polis Cyberjaya di sini hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan bahawa Jong-nam yang juga merupakan abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dibunuh dengan menggunakan bahan kimia agen saraf VX.

Khalid berkata, salah seorang suspek turut mengalami gejala muntah-muntah akibat kesan sampingan bahan kimia itu yang disenaraikan sebagai senjata kimia di bawah Jadual 1 Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 dan Konvensyen Senjata Kimia (CWC) 1997.

Ditanya sama ada, Siti Aishah mengetahui kerakyatan dua lelaki tersebut, Andreano berkata, dia tidak memberitahu secara tepat, hanya menyatakan mereka kelihatan seperti orang Korea atau Jepun.

Mengulas mengenai keadaan kesihatan Siti Aishah, Andreano berkata, dia dalam keadaan baik namun perlu rawatan lanjut untuk mengetahui tahap kesihatannya yang sebenar.

‘‘Secara umum dia nampak sihat tetapi dari segi emosi dan mental, kami masih belum tahu kerana memerlukan pemeriksaan lanjut.

‘‘Dalam pertemuan ini juga, Siti Aishah meminta kami me­nyampaikan pesan kepada ke­luarganya terutama ibu dan bapanya supaya menjaga kesihatan serta tidak bimbang mengenai keadaan keselamatannya,’’ kata­nya.

Sementara itu, beliau memberitahu, dalam pertemuan itu, pihaknya turut membawa sebuah alat bagi mengesahkan cap jari Siti Aishah dengan pasport miliknya.

Katanya, maklumat yang diterima itu kemudiannya akan dihantar ke Indonesia dengan menggunakan satelit bagi proses pengesahan selanjutnya.

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post