Suspek perogol terlepas ketika polis singgah beli makanan. Sila SEBARKAN...

Suspek perogol terlepas ketika polis singgah beli makanan. Sila SEBARKAN...

BELURAN: Seorang tahanan kes rogol terlepas ketika ditinggalkan sendirian dalam kereta polis di depan Restoran Kyber di Pekan Nangoh, dekat sini, semalam.

Suspek perogol terlepas ketika polis singgah beli makanan. Sila SEBARKAN...
Suspek perogol terlepas ketika polis singgah beli makanan. Sila SEBARKAN...

Dalam kejadian pada jam 7.15 malam itu, suspek yang dalam perjalanan bersama tiga anggota polis untuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran, dikatakan meminta dibelikan makanan untuk berbuka kerana berpuasa.


ARTIKEL MENARIK:
1. Ramai TERKEJUT BERUK ! Inilah Bayaran Yg Diterima Aishah Untuk Buat 'PRANK' Sampai Mati Kim Jong-nam

2. [VIDEO] Wanita Separuh Bogel Mati Direbus Hidup-Hidup

3. [ViraL] Kepala Dicucuk Benda Tumpul hingga Berlubang, Perut Dipijak Macam Binatang..Kes Buli SMK Bandar Sri Damansara, Mira Dicari sbg Suspek Utama

4. KINI TERSEBAR.. 7 Screenshot Perbualan Chat Sulit Antara King Coco Dan Seorang Wanita Yang Dimaki Teruk Kerana Didakwa Menggangu Suaminya!!! Walhal Wanita Itu Hanyalah..

5. Gambar Pemungut Sampah Dijadikan Bahan Lawak di Twitter Namun Warga Internet Tampil Pertahankannya


loading...

Difahamkan, suspek yang bergari di kedua-dua tangan ketika itu dibiarkan sendirian di tempat duduk bahagian belakang, manakala tiga anggota terbabit masuk ke restoran untuk membeli makanan.

Selepas kira-kira tiga minit, anggota polis yang menyangka pintu kereta sudah berkunci pulang semula ke kenderaan dan mendapati suspek hilang.

Suspek dipercayai mengambil kesempatan melarikan diri dengan membuka pintu kereta yang tidak berkunci ke arah kebun kelapa sawit berhampiran.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan V Shivananthan, berkata tiga anggota terbabit cuba mencari suspek dalam ladang kelapa sawit, namun gagal menemui lelaki terbabit.

Katanya, suspek, Nasrudi @ Sudi Ambo, 29, yang tiada dokumen diri ditahan pada Isnin lalu atas tuduhan merogol seorang remaja di sebuah kampung dekat sini, sebelum dikeluarkan dari lokap IPD Beluran semalam untuk dibawa semula ke kampung berkenaan bagi mengesan barang kes.

"Kita sudah merakam percakapan anggota polis terbabit dan melancarkan Ops Tutup untuk mengesan suspek.

"Polis juga meminta bantuan semua balai berhampiran dalam usaha mengesan semula tahanan ini," katanya di sini, hari ini.

Sumber: Berita Harian Online

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post