Tak cukup duit sewa hotel dalam kereta pun jadi

Tak cukup duit sewa hotel dalam kereta pun jadi

Akibat tidak cukup wang untuk menyewa hotel, sepasang kekasih sanggup memilih bermalam di dalam kereta sebelum dicekup polis dalam keadaan berbogel di kawasan parkir awam tepi jalan Pantai Batu Buruk, di sini, Jumaat lalu.

Tak cukup duit sewa hotel dalam kereta pun jadi
Tak cukup duit sewa hotel dalam kereta pun jadi

Pasangan berusia 20 tahun dan berasal dari Kelantan itu ditangkap kira-kira jam 3.30 pagi ketika anggota polis sedang menjalankan tugas ronda cegah jenayah di sekitar kawasan tersebut sebelum diserahkan kepada penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

ARTIKEL MENARIK:
1. Nurul Hidayu Pula Dedah Perangai Sebenar Suami

2. AKHIRNYA Terbogkar Cerita Sebenar SUAMI Dituduh Isteri Buat Seks Dengan Pelajar form3..Patut la.Rupanya Isteri...

3. (Video) Demi Nyawa Keluarga, Lelaki Ini Di Hukum Gantung Sampai Mati Kerana Membunuh Perompak. Jom tengok Perkembangan Terbaru Kes Ini

4. VIDEO: GADIS MALANG ! Lepas 2 Kali Buat Hubungan Seksual, Baru Dia Tahu Rupanya Boyfrennya Seorang Wanita !

5. Pesawat Mendarat Kecemasan Kerana Bau Kemaluan Wanita Terlalu Busuk



loading...

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, pasangan yang masih berstatus pelajar itu ditahan selepas anggota polis yang membuat rondaan keselamatan menemui sebuah kereta berada dalam keadaan mencurigakan.

“Suasana di persekitaran tersebut agak gelap menyebabkan anggota bertugas terpaksa menggunakan lampu picit bagi menyuluh melalui cermin hadapan dan cermin sisi belakang kenderaan itu untuk membuat pemeriksaan.

“Bagaimanapun, sejurus disuluh, anggota ternampak pasangan kekasih itu berada di bahagian kerusi belakang yang mana si lelaki dalam keadaan berbogel manakala pasangannya hanya memakai baju tanpa seluar,” katanya.

Wan Mohd berkata, terkejut dengan kehadiran pihak berkuasa, pasangan kekasih itu kelam kabut mencari pakaian masing-masing sebelum membuka pintu kereta untuk disoal siasat.

“Hasil siasatan mereka mengaku tidak mempunyai sebarang ikatan sah dan datang dari Kelantan semata-mata untuk bermadu asmara di sini bagi mengelak daripada dihidu ahli keluarga.

“Mereka juga mengaku terpaksa memilih tidur di dalam kereta kerana tidak mempunyai wang untuk menyewa hotel,” katanya.

Kedua-duanya ditahan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 kerana persediaan melakukan zina.

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post