Header Ads

Bukan Islam Perlu Membiak Lebih Banyak - Siti Kassim

loading...

Petaling Jaya: Siti Kasim merayu kepada masyarakat bukan Islam agar mereka membiak bagi menghasilkan lebih ramai lagi orang bukan Islam.

Bukan Islam Perlu Membiak Lebih Banyak  - Siti Kassim
Bukan Islam Perlu Membiak Lebih Banyak  - Siti Kassim 

Ini akan membolehkan mereka bangkit berjuang bersama dengannya untuk menentang kesemua orang Islam yang menyokong usaha pemerkasaan kedudukan Mahkamah Syariah di dalam negara.


ARTIKEL MENARIK:
1. ‘Islam Bukan Agama Keamanan’ - Lihat Apa Yang Berlaku Pada Adun Mulut Longkang Ini

2. Jika Perang Meletus, Korea Utara Mampu Tawan Malaysia Kurang Seminggu – Penganalisa Pertahanan

3. Cara Mudah Membuat Rayuan BR1M 2017

4. Pegawai Kedutaan Malaysia di Korea Bergegas ke Lapangan Terbang Sehelai Sepinggang, Ceritakan Detik Cemas Ditahan Pegawai Korea...Allahu !

5. Siapakah Siti Kassim Yang Sebenarnya? Antara Manusia Yang Perlu Diberi PERHATIAN di Malaysia Ketika Ini.


loading...

Siti Kasim meluahkan kekesalannya itu di dalam sesi soal jawab forum ‘Hadi’s Syariah Bill, What Christians Should Know’ yang dianjurkan di Petaling Jaya sebelum ini. “Menurut bancian, terdapat 68% orang Islam.

Tolonglah membiak lebih ramai lagi orang bukan Melayu. Orang bukan Melayu harus berjuang bersama-sama dengan Melayu yang seperti saya. Kita ada ramai”.

Menurutnya, terdapat sebuah gerakan yang sedang bergerak aktif untuk mengislamkan negara ini dan mendapat sokongan daripada majoriti masyarakat Melayu.

Siti Kasim mendedahkan bahawa pengislaman negara ini mendatangkan kegusaran di kalangan segelintir Melayu yang liberal, namun mereka berasa takut untuk bersuara bagi menunjukkan penentangan.

“Sebagai seorang Melayu, saya mahu orang bukan Melayu faham bahawa saya tahu ramai Melayu yang tidak bersetuju dengan saya.

Amat sukar untuk kita ubah keadaan ini melainkan menerusi kerajaan baru, atau mengubah sukatan pelajaran agar tidak lagi menggunakan ‘Islam’ versi Arab Saudi.”

Siti Kasim mendedahkan kesediaannya untuk berhijrah ke luar negara sekiranya beliau gagal dalam perjuangannya ini untuk menentang hasrat majoriti masyarakat Muslim Malaysia yang memilih untuk menjadikan negara ini lebih bercirikan Islam.

“Pada suatu hari nanti jika saya lihat negara ini sudah tidak dapat dibantu lagi, saya akan berhijrah meninggalkan negara ini. Sekarang kita masih boleh lakukannya. Bersama-sama, orang bukan Melayu, dan Melayu seperti saya mampu untuk melawannya!”

Sumber: Menara.my

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
loading...

No comments

Powered by Blogger.