Lagi Kes Kereta Lawan Arus, Dah Jadi Trend Pemandu Rakyat Malaysia?

Lagi Kes Kereta Lawan Arus, Dah Jadi Trend Pemandu Rakyat Malaysia?

Sejak awal bulan lalu, kita digemparkan dengan berita kemalangan membabitkan pemanduan melawan arus trafik.

Lagi Kes Kereta Lawan Arus, Dah Jadi Trend Pemandu Rakyat Malaysia?
Lagi Kes Kereta Lawan Arus, Dah Jadi Trend Pemandu Rakyat Malaysia?

Memetik portal Carlist.my, bulan lalu, seorang pemandu kereta BMW memandu melawan arus trafik di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, merempuh sebuah Perodua Myvi menyebabkan mangsa maut.

ARTIKEL MENARIK:
1. Siti Kassim: Saya Ada Islam Versi Saya Sendiri

2. Bukan Islam Perlu Membiak Lebih Banyak - Siti Kassim

3. ‘Islam Bukan Agama Keamanan’ - Lihat Apa Yang Berlaku Pada Adun Mulut Longkang Ini

4. Jika Perang Meletus, Korea Utara Mampu Tawan Malaysia Kurang Seminggu – Penganalisa Pertahanan

5. Cara Mudah Membuat Rayuan BR1M 2017



loading...

Minggu lalu pula, sebuah Nissan Sentra turut melawan arus trafik di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Taiping, Perak. Manakala, hanya selang beberapa hari kemudian di Pulau Pinang, sebuah Proton Gen2 dengan kesalahan sama merempuh sebuah Perodua Kelisa sehingga menyebabkan kematian mangsa.

Hari ini, Khamis, China Press Daily memuat naik dua buah video memaparkan sebuah Perodua Myvi menongkah arus trafik di Skudai, Johor.

Video berkenaan memaparkan Myvi berwarna hitam terbabit menongkah arus trafik tanpa niat membetulkan kesalahannya untuk kembali ke lorong yang betul dan selamat.

Sampai satu ketika, Myvi berkenaan berhenti di lampu isyarat walaupun berada di kedudukan bertentangan dan salah. Meskipun mempunyai masa yang cukup untuk kembali ke jalan yang benar, kereta itu berkeras membelok ke kanan. Motif sebenar pemandu masih belum dikenalpasti.



________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post