Presiden Indonesia Tak Terima Hadiah Daripada Raja Arab Saudi Seperti Najib Kerana Ia Dianggap Rasuah Dan Boleh Dikenakan Tindakan Undang-Undang

Presiden Indonesia Tak Terima Hadiah Daripada Raja Arab Saudi Seperti Najib Kerana Ia Dianggap Rasuah Dan Boleh Dikenakan Tindakan Undang-Undang

Pegawai kerajaan Indonesia yang menerima hadiah daripada Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz atau anggota rombongannya diarah mengisytiharkannya dalam tempoh 30 hari bagi mengelak dikenakan tuduhan jenayah.

Presiden Indonesia Tak Terima Hadiah Daripada Raja Arab Saudi Seperti Najib Kerana Ia Dianggap Rasuah Dan Boleh Dikenakan Tindakan Undang-Undang
Presiden Indonesia Tak Terima Hadiah Daripada Raja Arab Saudi Seperti Najib Kerana Ia Dianggap Rasuah Dan Boleh Dikenakan Tindakan Undang-Undang

Pemeriksaan awal mendapati, hadiah mencecah Rp5 bilion (RM1.6 juta) diagihkan kepada pegawai kerajaan Indonesia sepanjang lawatan kerabat diraja itu.


ARTIKEL MENARIK:
1. Bunuh Anak 3 Tahun, Bapa & Teman Wanita Dihukum Gantung Sampai Mati

2. (GAMBAR) Wanita 23 Tahun ini kaut keuntungan RM20juta hasil penipuan tiket penerbangan murah

3. Luahan Isteri Mangsa – “Dia Suruh Saya Urus Sendiri Balik KL. Sekarang Baru Faham….”

4. Profil Cindy Ng : Memandu Lawan Arus Bunuh Satu Nyawa

5. “Sial Punya Perempuan, Member Aku Bini Tengah Mengandung Laa..” – Insiden Perempuan Memandu Lawan Arus Di Highway


loading...

Arahan itu dikeluarkan Suruhanjaya Penghapusan Rasuah Indonesia (KPK) seiring undang-undang negara itu bahawa penjawat awam wajib mengisytiharkan sebarang hadiah yang mereka terima, tidak kira daripada siapa, kepada KPK.

Pengarah KPK, Giri Suprapdiono berkata, hadiah daripada tetamu kerajaan adalah perkara biasa yang membantu mengekalkan hubungan antara dua negara.

Bagaimanapun, katanya, Indonesia, seperti kerajaan negara lain, menetapkan pegawainya mengisytiharkan atau melaporkan sebarang hadiah yang diterima selaras dengan tugas mereka sebagai pegawai awam.
Advertisements

“Jika yang menerima hadiah itu tidak mengisytihar atau melaporkannya dalam masa 30 hari, hadiah itu dianggap rasuah,” katanya di sini, Khamis.

Peraturan menerima hadiah daripada pemimpin negara ditetapkan dalam Undang-Undang Penghapusan Rasuah 2001.

Menurut undang-undang itu, pegawai kerajaan yang gagal mematuhi peraturan itu berdepan hukuman penjara empat hingga 20 tahun dan denda sehingga Rp1 bilion (RM333,000).

Setakat ini, lima pegawai kerajaan terdiri daripada tiga menteri, seorang gabenor wilayah dan Ketua Polis Indonesia, Jenera Tito Karnavian mengistiharkan hadiah yang mereka terima daripada Raja Salman ketika dia melawat negara itu awal bulan ini.

Setiausaha Kabinet, Pramono Anung menafikan khabar angin kononnya Presiden Joko Widodo menerima hadiah daripada Raja Saudi itu.

Pertukaran hadiah antara pemimpin negara dihapuskan atas arahan presiden itu. – mStar | Agensi | MRM
KREDIT - My News

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post