Rokok Penyebab Utama Kematian Di Negara Ini

Rokok Penyebab Utama Kematian Di Negara Ini

PETALING JAYA: Sekurang-kurangnya 20,000 rakyat negara ini meninggal dunia dalam tempoh setahun akibat tabiat merokok, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Rokok Penyebab Utama Kematian Di Negara Ini
Rokok Penyebab Utama Kematian Di Negara Ini

Beliau berkata, tabiat itu juga dikenal pasti sebagai penyebab utama kematian dalam kalangan rakyat Malaysia sejak 30 tahun lalu.


ARTIKEL MENARIK:
1. Jangan Malas Cukur Bulu Kemaluan Jika Tidak Ingin Kena Penyakit Ini!

2. Cara Mudah Membuat Rayuan BR1M 2017

3. Permohonan BR1M Tak Lulus , Orang Ramai Banjiri Media Sosial Dengan Hashtag #br1m

4. BR1M 2017 : Pembayaran BR1M Kelompok 2 Fasa 1 Mula Dibuat Dan Selesai Sebelum 28 Mac 2017

5. Harga Gula Senyap-Senyap Naik 11 sen Sekilogram



loading...

Kos perubatan bagi penyakit akibat merokok seperti sakit jantung dan barah paru-paru pula mencecah RM3.8 bilion setahun.

"Dianggarkan sebanyak 22.8 peratus atau lima juta rakyat dewasa di negara ini adalah perokok yang berusia 15 tahun ke atas," katanya pada pada Pelancaran Program Pekerja Bebas Rokok di The Pinnacle Sunway, di sini, hari ini.

Program berkenaan adalah kerjasama di antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KPM), Johnson and Johnson, Kumpulan Sunway, AIA Bhd dan Syarikat Penerbangan AirAsia. Turut Hadir, Pengarah Urusan Johnson and Johnson Malaysia, Chin Keat Chyuan, Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah dan Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd, Anusha Thavarajah.

Subramaniam berkata, melalui pelancaran kempen berkenaan, pihaknya mensasarkan 130,000 perokok menghentikan tabiat itu dalam tempoh setahun dan tiga tahun akan datang.

Sementara itu, Keat Chyuan berkata inisiatif program itu bertujuan memberi inspirasi dan menggalakkan perokok terutamanya golongan pekerja membuat perubahan kepada gaya hidup lebih sihat.

"Pekerja bukan sahaja penting kepada ekonomi negara tetapi juga sebagai aset setiap organisasi, oleh itu, majikan juga berperanan penting dalam membantu mereka untuk berhenti merokok.

"Justeru itu, Johnson and Johnson ada menyediakan pek permulaan farmakoterapi, ceramah kesihatan, gerai serta kaunter maklumat untuk memberi bantuan kepada perokok yang ingin berhenti daripada tabiat itu," katanya.

Sumber: Berita Harian Online

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post