Header Ads

Waris Kemalangan Ragut 8 Nyawa Tampil Dedahkan Sesuatu Mengenai Undang-undang Malaysia

loading...

Waris lapan remaja yang terbunuh akibat dirempuh kereta dalam kejadian 18 Februari lalu, mahu pemandu wanita itu didakwa segera, lapor Malay Mail Online.

Waris Kemalangan Ragut 8 Nyawa Tampil Dedahkan Sesuatu Mengenai Undang-undang Malaysia
Waris Kemalangan Ragut 8 Nyawa Tampil Dedahkan Sesuatu Mengenai Undang-undang Malaysia

Halmijah Selamat, 47, berkata, sudah sebulan anaknya maut, namun sehingga kini pemandu kereta Nissan Almera itu masih belum didakwa.

ARTIKEL MENARIK:
1. Siti Kassim: Saya Ada Islam Versi Saya Sendiri

2. Bukan Islam Perlu Membiak Lebih Banyak - Siti Kassim

3. ‘Islam Bukan Agama Keamanan’ - Lihat Apa Yang Berlaku Pada Adun Mulut Longkang Ini

4. Jika Perang Meletus, Korea Utara Mampu Tawan Malaysia Kurang Seminggu – Penganalisa Pertahanan

5. Cara Mudah Membuat Rayuan BR1M 2017


loading...

“Keadaan berbeza di Singapura apabila pemandu van yang merempuh dua penunggang motosikal (warganegara Malaysia) sehingga maut di lebuh raya Bukit Timah, Sabtu lalu telah didakwa di mahkamah dua hari selepas kejadian.

“Kejadian berlaku pada hari Sabtu, hari Isnin pemandu berkenaan didakwa di mahkamah dengan dua pertuduhan kerana memandu secara terburu-buru sehingga meragut dua nyawa,” katanya, lapor Kosmo!.

Waris dua lagi mangsa, Amir Omar dan Jamilah Sulaiman pula berharap polis tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk menyelesaikan kes tersebut.

“Kami faham kerja polis dan kami tidak mahu menganggu siasatan. Namun mereka berjanji mahu memaklumkan perkembangan terkini kes itu kepada kami sebelum ini,” kata Amir, bapa kepada Mohamad Azhar, 16.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim pula menjelaskan bahawa pihak polis tidak boleh terburu-buru mengambil tindakan dan perlu mengumpul bukti kukuh kerana kejadian itu melibatkan lapan nyawa.

“Kami tidak boleh terburu-buru kerana kes ini besar, melibatkan lapan nyawa dan kita mahu memastikan semuanya berjalan lancar,” katanya.

Kredit

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
loading...

No comments

Powered by Blogger.