AFDLIN SHAUKI Pertahan NAJIP ALI Isu Hina PM

AFDLIN SHAUKI Pertahan NAJIP ALI Isu Hina PM

AFDLIN SHAUKI Pertahan NAJIP ALI Isu Hina PM

AFDLIN SHAUKI Pertahan NAJIP ALI Isu Hina PM
AFDLIN SHAUKI Pertahan NAJIP ALI Isu Hina PM

Kecoh juga beberapa hari lepas dunia hiburan dengan kontroversi yang melibatkan juri tetap Maharaja Lawak Mega (MLM) 2017 Najip Ali.

ARTIKEL MENARIK:Isu Persenda PM : Najip Ali Diberi Tempoh Sehingga Jumaat Ini Untuk Mohon Maaf

loading...

Kontroversi Najip Ali bermula dek kerana satu program terbitan Mediacorp dari Singapura yang didakwa mempersenda Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ramai yang mengecam Najip Ali dan Mediacorp dan mahu mereka dan beberapa selebriti lagi yang terlibat memohon maaf dek kerana ketelajuran mereka.

Pihak Astro juga telah ‘menyingkirkan’ Najip Ali sebagai juri tetap MLM2017. Peranan Najip telah digantikan dengan pengacara popular Aznil Haji Nawawi.

Tidak lama kemudian, Najip Ali dan Mediacorp telah membuat permohonan maaf dan menarik balik siaran ulangan program berkenaan.

Bagaimanapun segalanya sudah terlambat. Ada pihak yang menggesa agar mereka yang terlibat diban dari memasuki Malaysia.

Dalam pada ramai yang mengecam, ada juga yang tampil untuk mempertahankan Najip Ali. Antaranya adalah selebriti Afdlin Shauki yang berkongsi pandangannya menerusi kemaskini terbarunya di Instagram.

Berikut adalah perkongsian dari Afdlin Shauki –

Baru-baru ni Najip Ali di marahi ramai org Malaysia kerana telah terbabit dalam isu penghinaan perdana menteri kita. Ramai yg terburu-buru memaki hamun najip ali kerana kononnya beliau juga menghina PM kita. Saya buat sedikit kajian dan menonton kembali segmen dalam rancangan ok chope itu dan mendapati yg dalam segmen itu pelawak pelawak di minta memenuhi keratan akhbar ‘Najib slams ……. for hindering Malaysia’s growth’ dalam bahasa malaysia ianya bermakna Najib membantai …….. kerana menyebabkan kebantutan pembangunan di Malaysia.

Najip ali menjawab ‘Najib with a b slams najip with a p for hindering Malaysia’s growth!’ …. pada saya tak offensive dan tak kelakar pun. Yg masaalahnya adalah gang pelawak singapore yg menokok nambah dgn pelbagai issue utk mengkomedikan keadaan… itu pada saya keterlaluan.

Mungkin kerana mereka takde juga mencari rezeki di Malaysia yg mereka lansung tak berjaga jaga bila berkata kata. Poin saya yg patut di persalahkan adalah penerbit dn stesyen tv yg mengeluarkan rancangan ini. Di Malaysia kita ada MCMC yg sentiasa memantau kontent di siaran tv Malaysia ini agar ianya tidak menyentuh perkara sensitif. Najip Ali adalah seorang yg sangat sensitive kepada perasaan org malaysia. Pada saya dia tersepit di situasi yg dia tak ada ruang utk mengawalnya kerana konten itu bukan dinuatnya Najip Ali tapi penulis dan penerbit rancangan itu.

Alhamdulillah Najip dah pun meminta maaf jadi pada pendapat saya kita tinggalkan sahaja episode ini. Kita sendiri sentiasa mencari kemaafan dari Allah SWT , tapi kita tak sanggup memaafkan org yg memohon maaf kepada kita. Janganlah kita terlalu hebat jika kita juga tahu kita ni insan lemah yg banyak buat silap.

Sumber: Afdlin Shauki

Pada pandangan anda, adakah anda setuju dengan pandangan Afdlin Shauki? Adakah Najip Ali tidak bersalah?



________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post