Bantu Sebar Berita Palsu, Admin Whatsapp Boleh Dipenjara - Menteri

Bantu Sebar Berita Palsu, Admin Whatsapp Boleh Dipenjara - Menteri

Petaling Jaya - Kerajaan boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap admin atau pentadbir kumpulan aplikasi WhatsApp yang gagal mengawal ahli mereka menyebarkan maklumat palsu sehingga mengancam keselamatan negara, kata timbalan menteri komunikasi dan multimedia.

Bantu Sebar Berita Palsu, Admin Whatsapp Boleh Dipenjara - Menteri
Bantu Sebar Berita Palsu, Admin Whatsapp Boleh Dipenjara - Menteri

Datuk Jailani Johari yang dipetik Berita Harian berkata, pentadbir kumpulan WhatsApp boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk pelbagai kesalahan, termasuk penyebaran berita palsu, berbaur fitnah, menghasut, penipuan dan pendedahan komunikasi yang dilarang, iaitu mendedahkan maklumat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).


ARTIKEL MENARIK:Lesen Memandu Kelas B2 Hanya RM100, JPJ Laksanakan Secara Berperingkat

loading...

“Pentadbir boleh dipanggil untuk membantu siasatan, sama ada tindakan diambil terhadap individu terbabit, bergantung kepada fakta dan keterangan setiap kes.

“Tidak kira maklumat palsu, tidak sahih atau bertujuan memfitnah, pentadbir bertanggungjawab terhadap ahlinya. Sekiranya terbukti individu (pentadbir) terbabit secara langsung atau membiarkan maklumat palsu itu disebar secara sengaja, dia akan dikenakan tindakan,” katanya dipetik akhbar itu semalam.

Minggu lalu, daerah Varanasi di India mengumumkan pelaksanaan hukuman penjara kepada pentadbir kumpulan WhatsApp yang gagal membendung penyebaran maklumat palsu oleh mereka sendiri atau ahli, berdasarkan undang-undang jenayah siber, Akta Teknologi Maklumat dan Kanun Keseksaan.

Majistret Yogeshwar Ram Mishra dan Ketua Polis daerah itu, Nitin Tiwari menerusi kenyataan bersama berkata, pentadbir itu boleh disiasat jika mereka berkongsi atau membiarkan berita palsu disebarkan ahli kumpulannya sehingga mengancam keamanan negara itu.

Jailani mengingatkan pentadbir kumpulan WhatsApp supaya lebih bertanggungjawab dan mengawal tindak-tanduk ahli mereka bagi mengelakkan penyebaran maklumat palsu.

Ini kerana, katanya, pentadbir memainkan peranan “gate keeper” untuk menapis maklumat palsu dan tidak berkongsi dalam kumpulannya atau menyebarkan ke media sosial lain.
________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post