Keputusan Badminton Lee Chong Wei 9.4.2017 Final Terbuka Malaysia

Keputusan Badminton Lee Chong Wei 9.4.2017 Final Terbuka Malaysia

Juara dunia lima kali dari China, Lin Dan akhirnya merekodkan gelaran sulung Terbuka Malaysia selepas mengatasi jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei dalam aksi final, di sini, sebentar tadi.

Keputusan Badminton Lee Chong Wei 9.4.2017 Final Terbuka Malaysia
Keputusan Badminton Lee Chong Wei 9.4.2017 Final Terbuka Malaysia

Beraksi di hadapan kira-kira 5,000 penonton yang hadir ke Stadium Perpaduan Kuching itu bagi menyaksikan pertarungan epik berkenaan, Lin Dan membuktikan dia masih berbisa apabila melakar kemenangan 21-19, 21-14.


ARTIKEL MENARIK: Sogok RM30,000, Tiga Pemain Bola Sepak Ditahan SPRM

loading...
Kejayaan itu menamatkan penantiannya bagi memenangi gelaran Terbuka Malaysia selepas sering kali dikecewakan.

Lebih manis, kemenangan ke atas Chong Wei kali ini berjaya melunaskan dendamnya selepas tewas di tangan lawan itu dalam aksi final edisi 2006 di stadium yang sama.

Bagi Chong Wei pula, biarpun gagal dalam misi memburu gelaran Terbuka Malaysia buat kali ke-12, dia masih kekal sebagai pemain terbanyak muncul juara dengan 11 kejuaraan dan rekod itu sesuatu yang sukar untuk dipecahkan pemain lain.
________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post