"Majlis Kahwin Saya "PERCUMA" Tapi Tak Kekal !" - Tak Minta Duit Hantaran Time Kahwin, Ini PADAHNYA

"Majlis Kahwin Saya "PERCUMA" Tapi Tak Kekal !" - Tak Minta Duit Hantaran Time Kahwin, Ini PADAHNYA

"Majlis Kahwin Saya "PERCUMA" Tapi Tak Kekal !" - Tak Minta Duit Hantaran Time Kahwin, Ini PADAHNYA

"Majlis Kahwin Saya "PERCUMA" Tapi Tak Kekal !" - Tak Minta Duit Hantaran Time Kahwin, Ini PADAHNYA

"Majlis Kahwin Saya "PERCUMA" Tapi Tak Kekal !" - Tak Minta Duit Hantaran Time Kahwin, Ini PADAHNYA

Assalamualaikum. Saya berharap kisah ini memberi pengajaran kepada anda semua yang membaca. Saya pelajar tahun akhir di UIA Gombak, telah bernikah ketika saya tahun dua di UIA. Perkahwinan kami mendapat restu dari kedua-dua orang tua kami dan bernikah secara sederhana sahaja.

ARTIKEL MENARIK:"Ayang Marah Lagi Ke? Peluklah Abang.." - Isteri MENYESAL Seumur Hidup Kerana Tindakannya Ini

loading...

Suami bekerja sebagai seorang guru di sekolah rendah. Oleh kerana dia baru saja mula bekerja, pihak saya tidak meminta apa-apa hantaran, duit hantaran tiada, barang hantaran juga tiada. Dia hanya memberi sebentuk cincin belah rotan.

Kami bernikah di masjid dan hanya menjamu makan sanak saudara terdekat sahaja. Perkahwinan kami biasa-biasa kerana saya benar-benar cintakan suami dan berharap perkahwinan ini akan mendapat berkatNya.

Tetapi panas tidak selamanya panas, hubungan kami diuji. Selama kami berkahwin, tidak pernah sekali dia memberikan nafkah kepada saya. Duit belanja dapur mahupun sehelai pakaian pun tidak pernah diberikan. Malahan, duit PTPTN saya digunakan untuk membeli barang dapur. Sedih, Tuhan sahaja yang tahu. Sudahlah kahwin secara 'percuma', tanggungjawab nafkah yang akan dipersoalkan di akhirat kelak tidak pernah dia jalankan.

Saya pernah meminta, tetapi duit gajinya habis untuk membayar kereta. Saya sedih, saya layan suami dengan baik, jaga kehendak nafsu dia, melayan dia dengan baik tetapi dia langsung tidak menjalankan tanggungjawab sebagai suami.

Sampailah satu ketika, kami bergaduh kerana saya terjumpa WhatsApp suami dengan perempuan lain bersayang-sayang. Allah, luluh hati dan jantung saya. Walhal ketika itu saya sedang sarat mengandung anak pertama kami. Pertengkaran demi pertengkaran, akhirnya dia telah melafazkan cerai pada saya.

Dunia saya menjadi gelap, saya terduduk. Suami mengaku dia sudah jatuh cinta pada perempuan itu dan ingin berkahwin dengan perempuan itu secepat mungkin. Barulah saya tahu ke mana duit gajinya habis selama ini.

Air mata saya sudah kering, kepada siapa yang harus saya luahkan? Saya begitu tertekan dari segi emosi dan perasaan. Allahuakbar, sampai hati kau buat aku begini. Kau seksa jiwa dan perasaan aku. Kau tidak pernah beri nafkah kepada aku dan akhirnya kau tinggalkan aku?

Ambillah iktibar dari kisah saya, mungkin ada silap atau saya kurang berdoa kepada Allah. Nasihat saya kepada lelaki di luar sana, dunia ini hanyalah sementara. Di akhirat sana kelak, kita akan dipersoalkan. Jadilah suami yang budiman dan bertanggungjawab. Dunia ini seperti roda, jika hari ini kau pernah sakitkan hati orang, suatu hari kelak Allah akan membalas perkara yang sama. Kifarah sentiasa menanti.

Buat kaum wanita yang saya kasihi, pilihlah bakal suamimu dengan istikharah dan jangan tersalah memilih. Tidak semestinya tiada hantaran, tiada majlis kahwin, perkahwinan akan bahagia. Tidak semestinya orang yang hantaran tingig, perkahwinannya tidak kekal.

Nak kahwin, suami perlu ada effort usaha tanggungjawab. Perlu tahu apa itu nafkah, Isteri pula harus menjaga maruah dan harga diri. Mungkin ramai ketika ini menunjuk-nunjuk di laman sosial bahawa perkahwinan merekalah yang paling murah tiada hantaran, hanya habis beratus ringgit sahaja. Jangan takbur sahabat. Hidup kita belum diuji lagi, perkahwinan kamu belum diuji.

Akhir sekali, doakan saya kuat untuk menempuh hari-hari terakhir di UIA bersama bakal anak saya. Semoga berbahagia suamiku. - Sister Nurul

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post