Pelajar Darjah 5 Gantung Diri Selepas Pulang Dari Sekolah

Pelajar Darjah 5 Gantung Diri Selepas Pulang Dari Sekolah

Padawan - Luluh perasaan seorang datuk apabila cucu kesayangannya tiba-tiba membuat keputusan memilukan, menamatkan nyawanya di tali gantung.

Pelajar Darjah 5 Gantung Diri Selepas Pulang Dari Sekolah
Pelajar Darjah 5 Gantung Diri Selepas Pulang Dari Sekolah

Kejadian berlaku pada petang Khamis lalu, dengan kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun itu menggantung diri di bilik tidurnya di Kampung Bra’ang Payang, dekat sini.


ARTIKEL MENARIK: SAYU !! Budak 5 tahun ini retak tempurung kepala, sebahagian otak rosak selepas terjatuh dari inflatable bouncer

loading...

Mangsa sebelum itu pulang dari sekolah dengan dijemput oleh datuknya dan terus menuju ke bilik tidurnya sebaik tiba di rumah.

Selepas itu, mangsa tidak keluar bilik menyebabkan datuknya berasa curiga dan memeriksa ke dalam biliknya.

Datuknya terkejut apabila melihat mangsa dalam keadaan tergantung pada bahagian leher sekitar jam 4 petang.

Pihak polis kemudian dihubungi dan kematian mangsa disahkan oleh pasukan paramedik bertugas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan, Deputi Superintendan Merbin Lisa berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk proses bedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk upacara pengebumian.

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post