[VIDEO] Budak 2 Tahun Diliwat & Direnjat Dengan Pistol Renjat

[VIDEO] Budak 2 Tahun Diliwat & Direnjat Dengan Pistol Renjat

(Video) Budak 2 Tahun Diliwat & Direnjat Dengan Pistol Renjat|Seorang lelaki warga Belanda dan dua lelaki tempatan ditahan di Kompong Cham, Selasa lalu selepas video seorang kanak-kanak lelaki tidak berpakaian didera dengan pistol renjat tersebar di media sosial, lapor Cambodia Daily.

[VIDEO] Budak 2 Tahun Diliwat & Direnjat Dengan Pistol Renjat
[VIDEO] Budak 2 Tahun Diliwat & Direnjat Dengan Pistol Renjat


Timbalan Ketua Polis Kompong Cham, Heng Sambath berkata, ketiga-tiga suspek yang ditahan dipercayai mempunyai kaitan dengan kes dera dan meliwat mangsa berusia dua tahun itu.

ARTIKEL MENARIK: Lambat Bayar Yuran Sekolah,Guru Suruh 5 Murid jual tubuh Seorang Bunuh Diri

loading...

Ret Sothy, 28, dan Oeu Nat, 25, merupakan pekerja kepada Stefan Struik, 53, yang memiliki sebuah ladang koko di wilayah Mondolkiri dan kilang gula sawit di Kompong Cham.

Sambath berkata, tiga suspek yang ditahan ini kini sedang disoal siasat berhubung video viral tersebut selepas pihaknya mendapat laporan dari ibu bapa mangsa yang mendakwa anaknya telah diliwat.

Polis juga telah berjaya menahan suspek keempat, Nguyen Dung, yang merupakan tukang masak Stefan yang melarikan diri ke Vietnam selepas video penderaan itu viral di media sosial sehingga menarik perhatian pihak berkuasa.



Dalam video tersebut, seorang lelaki dipercayai Nguyen ‘menembak’ mangsa dengan pistol renjat menyebabkan kanak-kanak itu menangis dan menjerit kesakitan.

Mangsa kini dibawah perlindungan Unit Perlindungan Kanak-Kanak.

Timbalan Ketua Polis Mondolkiri, So Sovann mengesahkan kejadian itu berlaku di sebuah ladang di wilayahnya dan mangsa merupakan anak kepada pasangan warga tempatan yang bekerja dengan Stefan Struik.

Stefan dan Nguyen juga didakwa merupakan pasangan songsang. Bagaimanapun, Sovann tidak dapat mengesahkan dakwaan tersebut.


The post (Video) Budak 2 Tahun Diliwat & Direnjat Dengan Pistol Renjat appeared first on Eberita.org.
________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post