(Video) Pembaca Berita Lapor Kemalangan Maut Libatkan Suami Ketika Bersiaran Langsung...Punya Tabah...

(Video) Pembaca Berita Lapor Kemalangan Maut Libatkan Suami Ketika Bersiaran Langsung...Punya Tabah...

Seorang pembaca berita di India mengetahui berita sedih kematian suaminya sendiri ketika dia membaca laporan kemalangan ketika bersiaran langsung.

(Video) Pembaca Berita Lapor Kemalangan Maut Libatkan Suami Ketika Bersiaran Langsung...Punya Tabah...
(Video) Pembaca Berita Lapor Kemalangan Maut Libatkan Suami Ketika Bersiaran Langsung...Punya Tabah...

Supreet Kaur, 28, ketika itu sedang melaporkan untuk IBC24 di Chhattisgarh, timur India pada pagi Sabtu.


ARTIKEL MENARIK: Para Juri Dan Penonton Menitiskan Air Mata Saat Mendengarkan Bait-Bait Kata Persembahan Hijaz dengan lagu "Sumayyah" Dalam Gema Gegar Vaganza 1

loading...

Dia menyampaikan laporan berita terkini satu kemalangan dan berbicara dengan seorang wartawan menerusi telefon yang memberitahu butiran kemalangan terbabit.

Biarpun wartawan tidak menamakan ketiga-tiga mangsa lain yang terlibat, tetapi butiran diberi cukup untuk membuat Kaur sedar bahawa suaminya, Harshad Kawade, terbunuh.

Kaur mengetahui suaminya melalui jalan yang sama bersama rakan-rakan lain di dalam kereta yang sama seperti dibutirkan di dalam laporan sebuah Renault Duster.

Bagaimanapun, Kaur mengekalkan sifat professionalnya dan terus membaca berita-berita lain untuk sepuluh minit seterusnya sebelum mengalirkan air mata selepas kamera dimatikan.

Rakan sekerja kagum bagaimana ibu berusia 28 tahun itu mengawal keadaan.

Seorang editor memberitahu Indian Express: "Ini menunjukkan sifat professionalnya terhadap kerja sehingga dapat meneruskan (membaca berita) dan tenang selama 10 minit.

"Apabila kamera ditutup, dia mula menelefon saudaranya dan patah hati. Dia pergi ke kawasan kemalangan selepas itu.

"Kaur telah berkhidmat dengan kami selama sembila tahun dan dia antara pembaca berita terkemuka di negeri.

Rakan sekerja Kaur memberitahu Hindustan Times: "Dia seorang yang sangat berani. Kami bangga mempunyai pembaca berita sepertinya, tetapi apa yang berlaku masih mengejutkan kami sehingga hari ini."


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post