(VIDEO)TERKINI: Raja Bomoh Mengaku Berbohong Dan Semua Pembohongannya Adalah Arahan Satu Pihak!

(VIDEO)TERKINI: Raja Bomoh Mengaku Berbohong Dan Semua Pembohongannya Adalah Arahan Satu Pihak!

‘Raja Bomoh’ Ibrahim Mat Zin hari ini telah mendedahkan segala-galanya mengenai aktiviti pelik yang dilakukan. Semua aksi yang kononnya menjalankan upacara tertentu semata-mata lakonan sahaja.

(VIDEO)TERKINI: Raja Bomoh Mengaku Berbohong Dan Semua Pembohongannya Adalah Arahan Satu Pihak!
(VIDEO)TERKINI: Raja Bomoh Mengaku Berbohong Dan Semua Pembohongannya Adalah Arahan Satu Pihak!

Malah, dia memaklumkan bahawa dia menerima arahan daripada pihak yang dirahsiakan identitinya dan mengaku berlatih supaya persembahan itu menarik.

ARTIKEL MENARIK:  'Tangan Kanan Mula Menghitam, Jari Jemari Semakin Kecut'

loading...

Lakonan pelik termasuklah aksi menggoyang teropong buluh dan menjulang buah kelapa ketika upacara mencari pesawat hilang Malaysia Airlines dan memagar negara ini daripada ancaman asing.

“Goyang itu semua drama. Apa pun tak nampak. Jangan silap kata nampak kapal terbang ke… Saya dilatih suruh buat goyang, saya pun goyanglah,” katanya.

“Ambil buah kelapa macam bom, saya buat tetapi saya tak tahu salah pula. Demi Allah demi rasul saya tak tahu salah,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Zulkifli Al Bakri yang menegurnya.

Pengakuan itu dibuat dalam sidang medianya bersama Zulkifli bagi memohon maaf atas tindakannya yang didakwa menghina Islam.

Sebelum ini Ibrahim ditahan oleh JAWI di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pada 22 April lalu.

Dalam acara yang dirakam video Facebook jabatan itu, Ibrahim juga mendedahkan diminta melakonkan kesemua “lima drama untuk seronokkan cerita”.



170312rajabomoh.jpg

Bagaimapun, katanya, jika tahu perkara itu salah, sudah tentu beliau tidak akan melakukannya.

“Kalau tahu saya tak buat kerana saya orang sembahyang, orang Islam, semangat Melayu, saya pegang silat sebanyak lima juta orang silat gayung ghaib.

“Saya sebagai pemimpin (silat), didik anak-anak bangsa. Rakyat-rakyat Malaysia pun saya sayang. Takkan saya nak buat kerja bodoh ini,” katanya.

“Saya tidur di lokap Dang Wangi selama dua hari dan di Jinjang selama tiga hari. Saya telah bertaubat, saya berjanji saya akan menghentikan semua ritual ini,” katanya pada sidang media anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada Rabu.

Ibrahim meminta supaya gelaran Raja Bomoh tidak lagi digunakan terhadap beliau.

“Gelaran tak mahu pakai. Gelaran Raja Bomoh pun bukan saya yang bubuh.

“Dia cakap (pada saya), ‘Brahim, you cakap you Raja Bomoh dunia, world. Bila Raja Bomoh world, dunia ini, makanya kuatlah’.

mufti-kebodohan-raja-bomoh-tiada-tebingn

“Saya pun terkejut juga, nak dunia macam mana. Hari ini, tak usahlah panggil saya Raja Bomoh.

“Saya seorang mahaguru Datuk Ibrahim Mat Zain saja. Dulu pun macam itu juga, orang panggil saya, tak ada raja-raja bomoh.

“Bila saya dah gantung (gelaran) raja bomoh, raja pecut ada, raja lawak ada, raja repot ada, semua raja, nak pakai saja. Hari ini semua raja saya tak nak, biar jadi rakyat biasa,”.

video:

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post