Bapa rakam video teman lelaki anak perempuannya sedang berlaku curang di taman

Bapa rakam video teman lelaki anak perempuannya sedang berlaku curang di taman

MEXICO - Berang dengan apa yang disaksikan, seorang bapa merakam video teman lelaki anak perempuan yang sedang curang dengan perempuan lain, sebelum memuat naik video itu di media sosial.

Bapa rakam video teman lelaki anak perempuannya sedang berlaku curang di taman
Bapa rakam video teman lelaki anak perempuannya sedang berlaku curang di taman

Difahamkan, lelaki itu sedang berjalan di taman tersebut sebelum terserempak dengan teman lelaki anaknya yang sedang asyik bercium dengan perempuan lain. Terkejut dengan apa yang dilihat, dia terus merakam aksi pasangan itu.

ARTIKEL MENARIK:'Anu' Masih Melekat Dalam Mulut, Pasangan Ditemui Maut Dalam Kereta

loading...


Berdasarkan video, lelaki itu mendekati pasangan terbabit dan menyedari diri mereka dirakam, pasangan itu terus berhenti bercumbuan. Dari reaksi lelaki muda itu, jelas sekali menunjukkan dia mengenali perakam video itu. 

"Ini ke cara awak melayani anak perempuan saya?" soal si bapa. 

Lelaki muda itu hanya mendiamkan diri dan menundukkan wajahnya. 

"Awak tahu ke yang dia sudah mempunyai teman wanita?" soal si bapa kepada perempuan terbabit. 

Tidak selesa dengan situasi tersebut, perempuan itu terus bangun dan beredar meninggalkan teman lelakinya seorang diri. 

Si bapa kemudian memberi amaran kepada lelaki itu agar tidak mendekati anak perempuannya lagi. Malah dia juga tidak mahu melihat muka lelaki itu datang ke rumahnya lagi.


Dengan video itu, si bapa membuktikan kepada anak perempuannya bahawa lelaki itu tidak setia dan tidak boleh dipercayai. Selain itu, dia berharap golongan wanita muda berhati-hati dengan lelaki itu yang tidak jujur dalam perhubungan. - The Reporter
________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post