Header Ads

"Maafkan ibu Fateh, kalau tahu begini nasib kamu, ibu akan mencuba sedaya upaya untuk menjaga kamu dahulu.” Itulah rintihan seorang ibu muda ekoran kematian anak lelakinya yang meninggal dunia akibat didera oleh keluarga angkatnya

loading...

"Maafkan ibu Fateh, kalau tahu begini nasib kamu, ibu akan mencuba sedaya upaya untuk menjaga kamu dahulu.” Itulah rintihan seorang ibu muda ekoran kematian anak lelakinya yang meninggal dunia akibat didera oleh keluarga angkatnya.

"Maafkan ibu Fateh, kalau tahu begini nasib kamu, ibu akan mencuba sedaya upaya untuk menjaga kamu dahulu.” Itulah rintihan seorang ibu muda ekoran kematian anak lelakinya yang meninggal dunia akibat didera oleh keluarga angkatnya
"Maafkan ibu Fateh, kalau tahu begini nasib kamu, ibu akan mencuba sedaya upaya untuk menjaga kamu dahulu.” Itulah rintihan seorang ibu muda ekoran kematian anak lelakinya yang meninggal dunia akibat didera oleh keluarga angkatnya

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Nur berkata, dia menyerahkan anaknya itu kepada keluarga angkat tersebut kerana mempunyai masalah peribadi sehingga tidak dapat menjaga anaknya pada ketika itu.

ARTIKEL MENARIK: Mahkamah Putuskan Eksekutif TV9, Nur Syaleza Mati Bunuh Diri

loading...

Kali terakhir wanita tersebut bertemu anaknya ialah pada hari raya yang lalu dan menyedari terdapat kesan lebam di badan mangsa namun dia tidak mengesyaki apa-apa.

Muhammad Al Fateh Abdullah pada mulanya dibawa masuk ke hospital berkenaan oleh ibu angkatnya setelah mendakwa kanak-kanak lelaki tersebut terkena sawan. Pada 9 Julai lalu, kanak-kanak tersebut dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) setelah keadaannya menjadi kritikal dan hampir nazak dan bergantung pada bantuan alat pernafasan.

Malangnya, kanak-kanak tersebut meninggal dunia di hospital berkenaan pada 11 Julai lalu. Hasil pemeriksaan pihak hospital sebelum itu mengesyaki kanak-kanak tersebut telah didera berdasarkan rekod perubatan kerana bayi tersebut pernah dimasukkan ke hospital berkenaan sebanyak 3 kali.

Pemeriksaan lanjut oleh doktor mendapati terdapat kesan lecur pada kedua-dua lengan serta kaki dan juga terdapat tulang retak pada tangan kanan kanak-kanak itu. Pihak polis telah menahan ibu bapa angkat kanak-kanak tersebut untuk membantu siasatan.

- www.kakishare.my

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
loading...

No comments

Powered by Blogger.