Spekulasi rumah tangga Farid Kamil dan Diana Danielle akhirnya terjawab

Spekulasi rumah tangga Farid Kamil dan Diana Danielle akhirnya terjawab

Spekulasi rumah tangga Farid Kamil dan Diana Danielle akhirnya terjawab, rupanya terpaksa jaga mak dijangkiti denggi punca Diana raya berasingan

Spekulasi rumah tangga Farid Kamil dan Diana Danielle akhirnya terjawab
Spekulasi rumah tangga Farid Kamil dan Diana Danielle akhirnya terjawab

KEHADIRAN suami, Farid Kamil bersama anak sulung, Muhammad dan ibunya, Norsiah Ramli memberi sokongan kepada pelakon, Diana Danielle yang menerima sijil perlumbaan Toyota GAZOO Racing (TGR) Racing Festival di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini, menepis dakwaan mengatakan rumah tangga mereka sedang bergolak.

ARTIKEL MENARIK: 6 FOTO MENARIK Engku Emran Bawa Laudya Cynthia Bella Beraya Di Rumah Amy Search

loading...


Desas-desus mengenai keretakan rumah tangga pasangan selebriti popular ini mula tersebar apabila masing-masing memilih untuk menyambut Aidilfitri secara berasingan, baru-baru ini.

Farid meraikannya di Alor Setar, Kedah bersama Muhammad dan anak bongsu mereka, Nur Aurora, 2, manakala Diana di Kuala Lumpur bersama ibu dan adiknya.

Diana ketika ditemui di majlis itu berkata, dia terpaksa berada di Kuala Lumpur untuk menjaga ibunya yang dijangkiti denggi.

“Memandangkan keadaannya begitu lemah, ibu memerlukan penjagaan rapi,” katanya.

Diana berkata, keadaan itu menyebabkan dia tidak dapat mengikut Farid dan dua anak mereka pulang ke kampung halaman Farid di Alor Setar kerana perlu menemani ibunya di Kuala Lumpur.

“Ia bukan seperti didakwa pihak terbabit. Tiada apa-apa masalah di antara saya dengan Farid. Saya cuma menjalankan tanggung jawab saya sebagai anak. Itu saja.

“Aidilfitri tidak bermakna jika ibu saya tidak sihat dan sekiranya tiada orang yang menjaganya. Anak-anak gembira di Kedah kerana mereka ada ramai sanak-saudara di sana dan Farid juga bersama mereka,” katanya.

Diana berkata, dia tidak mahu melayan sebarang spekulasi yang ditimbulkan segelintir netizen.

“Jika saya terus memberi maklum balas terhadap isu yang tidak berasas, saya semakin membuka ruang sebagai sasaran mudah mereka.

“Saya enggan menjadi sasaran mereka dan mangsa buli netizen. Lebih banyak perkara berfaedah yang perlu diberi tumpuan selain dapat membawa kebaikan,” katanya.

Diana berkata, netizen yang tidak bertanggungjawab adalah orang terakhir dalam senarai penting hidupnya sekeluarga.


Sumber: Harian Metro

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post