“Belajar tinggi tapi akal pendek!” – Kena ambil ganja sebelum study konon untuk mudah faham dan ingat, 10 pelajar IPTS dikantoikan AADK

“Belajar tinggi tapi akal pendek!” – Kena ambil ganja sebelum study konon untuk mudah faham dan ingat, 10 pelajar IPTS dikantoikan AADK

KUALA LUMPUR – Sekumpulan 10 penuntut sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Shah Alam memberikan alasan ‘karut’ apabila mendakwa perlu mengambil ganja sebelum memulakan ulang kaji pelajaran secara berkumpulan kononnya untuk mudah faham dan mengingati apa yang dipelajari.

“Belajar tinggi tapi akal pendek!” – Kena ambil ganja sebelum study konon untuk mudah faham dan ingat, 10 pelajar IPTS dikantoikan AADK
“Belajar tinggi tapi akal pendek!” – Kena ambil ganja sebelum study konon untuk mudah faham dan ingat, 10 pelajar IPTS dikantoikan AADK

Dalam serbuan Op Cegah di sebuah pangsapuri di Shah Alam kira-kira jam 2 pagi semalam, kumpulan penuntut yang ditahan penguat kuasa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Petaling Jaya sengaja memberikan pelbagai alasan demi untuk melepaskan diri.

ARTIKEL MENARIK: Sejak Kendalikan Kedai Rakyat 1Malaysia, Mydin Kerugian Besar

loading...

Pemangku Ketua Pegawai AADK Daerah Petaling, Shahrilnizar Nordin berkata, ketika serbuan pengawal keselamatan pangsapuri berkenaan tidak memberikan kerjasama apabila mengunci tayar kenderaan dinaiki AADK.

Menurutnya, bagaimanapun serbuan tetap dijalankan sebelum mendapati penuntut terbabit dalam keadaan lalok di sebuah unit pangsapuri dipercayai disewa mereka.



“Pemeriksaan ke atas semua individu berusia 19 tahun hingga 23 tahun itu mendapati mereka positif ganja. Turut ditemui peralatan menghisap dadah dan ganja.

“Mereka yang melanjutkan pengajian pada peringkat diploma dan ijazah sarjana muda memberi alasan perlu menghisap ganja sebelum belajar secara berkumpulan,” katanya.

Katanya, semua penuntut itu dibawa ke pejabat AADK Petaling untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan, lapan individu berusia antara 20 tahun hingga 30 tahun ditahan di Damansara Perdana kerana positif dadah.

Katanya, semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983.

“Operasi diteruskan bagi menangani masalah penagihan dadah dalam kalangan masyarakat dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lokasi penagihan dadah boleh menyalurkan kepada mana-mana pejabat AADK untuk diambil tindakan,” katanya. – Harian Metro

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post