Demi emas, Quzandria sanggup rahsiakan kehamilan 5 bulan selepas tewaskan abang, Qabil Ambak

Demi emas, Quzandria sanggup rahsiakan kehamilan 5 bulan selepas tewaskan abang, Qabil Ambak

Dia bukan sahaja sanggup kembali daripada persaraan tujuh tahun, malah terpaksa menyembunyikan kehamilannya demi menggalas cabaran memburu pingat emas buat Malaysia dalam Sukan SEA Ke-29.

Demi emas, Quzandria sanggup rahsiakan kehamilan 5 bulan selepas tewaskan abang, Qabil Ambak
Demi emas, Quzandria sanggup rahsiakan kehamilan 5 bulan selepas tewaskan abang, Qabil Ambak

Pengorbanan besar Quzandria Nur Mahamad Fathil akhirnya berbaloi apabila dia menghadiahkan emas ekuestrian dressage individu dalam keadaan dirinya sedang mengandung lima bulan selepas menewaskan abangnya, Qabil Ambak.

ARTIKEL MENARIK: Ramai Pelik Kenapa Pemenang Pingat Sukan SEA Dapat Anak Pokok. Ini Sebabnya

loading...

Lebih istimewa lagi, ini adalah emas peribadi kedua Quzandria dalam Sukan SEA kali ini selepas membantu Malaysia memenangi saingan dressage berpasukan Selasa lalu, malah emas individu pertamanya sepanjang bertanding dalam Sukan SEA.

Quzandria, 35, mengakui, perasaannya bercampur-baur sebaik sahaja disahkan mengandung ketika sibuk menjalani latihan di Eropah menjelang Sukan SEA beberapa bulan lalu.



“Saya terus memaklumkan kepada kedua ibu bapa untuk mendapatkan pandangan mereka sebaik sahaja menerima berita tersebut (mengandung). Mereka minta saya tidak hebahkan perkara ini kerana bimbang akan menjejaskan penyertaan dalam Sukan SEA.

“Saya juga mendapatkan nasihat doktor dan doktor memberitahu saya, semuanya terpulang kepada diri saya sendiri. Jika rasa OK, saya boleh teruskan dan ketika itu rasa semuanya bagus.

“Memanglah ada rasa morning sickness (alahan), penat dan sebagainya, namun saya bertuah kerana suami (Alessandro Zulkarnain Ciaramaglia) sentiasa di sisi ketika saya memerlukannya.



“Masa latihan pun, saya ada cakap kepadanya (suami), tak boleh buat itu, ini. Saya cakap, ada tempat untuk berlatih dan naik kuda, cukuplah. Yang lain saya tak boleh buat.

“Alhamdulillah, saya mampu bertahan dan ramai juga tidak tahu mengenai perkara ini (mengandung) sehingga hari ini,” kata Quzandria kepada Utusan Malaysia.

Ini kali pertama Quzandria menumpaskan abangnya dalam persaingan merebut emas acara individu selepas tewas pada dua Sukan SEA sebelum ini iaitu di Kuala Lumpur (2001) dan Korat, Thailand pada 2007.

Mengulas lanjut, Quzandria berkata, dia bertuah kerana kudanya, Rosenstolz tidak banyak kerenah walaupun baru lapan bulan menunggangnya.

“Kebiasaannya, kuda-kuda ini akan mengambil masa sehingga dua tahun sebelum boleh menyesuaikan diri dengan penunggangnya, tapi saya sememangnya bernasib baik,” katanya yang dijangka bersalin awal tahun depan.

Dalam Sukan SEA terakhir yang diadakan di Kuala Lumpur, 16 tahun lalu, Quzandria terpaksa ditenangkan ibunya, Zurina Zulkiflee selepas terlalu kecewa akibat dikalahkan oleh Qabil.



Hari ini, dia menangis lagi tetapi tangisan kegembiraan kerana berjaya meraih emas individu buat kali pertama.

Quzandria Nur Mahamad Fathil menghadiahkan emas ekuestrian dressage individu dalam keadaan hamil lima bulan

Mata diperoleh Quzandria 
sekali gus menamatkan dominasi Qabil Ambak yang meraih di tempat kedua

Sumber: Utusan


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post