"Kenyataan Mengelirukan Orang Ramai" - Hafiz Hamidun Minta Joy Revfa Berhenti Manipulasi

"Kenyataan Mengelirukan Orang Ramai" - Hafiz Hamidun Minta Joy Revfa Berhenti Manipulasi

"Kenyataan Mengelirukan Orang Ramai" - Hafiz Hamidun Minta Joy Revfa Berhenti Manipulasi

"Kenyataan Mengelirukan Orang Ramai" - Hafiz Hamidun Minta Joy Revfa Berhenti Manipulasi
"Kenyataan Mengelirukan Orang Ramai" - Hafiz Hamidun Minta Joy Revfa Berhenti Manipulasi

Hafiz Hamidun sekali lagi tampil memberi respon apabila pengarah JAIS tampil memberi komen.

ARTIKEL MENARIK: Pelakon Wanita Malaysia Ini Pernah Menjadi Heroin Rajinikanth. Ramai TAK TAHU !!!

loading...

Penyanyi ini mengatakan orang ramai dilihat keliru dengan tajuk berita tentang kenyataan Datuk Haris Kasim tentang status pernikahannya dengan Joy Revfa.

Selepas berita tentang kenyataan pengarah JAIS itu keluar di Berita Harian, Joy Revfa juga ada memberi komen tentang hal itu.

Kenyataan dikeluarkan itu memang benar di mana permohonan pernikahan pada 1 Mei diluluskan dan bukan memutuskan pernikahan itu sah atau seperti didakwa Joy.

Joy Revfa didakwa oleh Hafiz Hamidun telah memanipulasi kenyataan yang ada.

Oleh itu, Hafiz meminta Joy Revfa berhenti mengeluarkan komen-komen yang dikatakan boleh megelirukan orang ramai.

Dalam masa sama, Hafiz tidak marah dengan komen negatif yang dilemparkan kepadanyadari netizen kerana mengatakan mereka tidak tahu situasi sebenar.

Ini komen Hafiz Hamidun:

"Kenyataan JAIS itu sama seperti apa yang saya jelaskan dalam sidang media Selasa lalu.

"Kalau dibaca dengan teliti tidak ada apa yang mengelirukan, cuma orang kita keliru dengan tajuk berita itu.

"Disebabkan itu saya dihentam pengguna laman sosial. Pada masa sama, Joy tidak sepatutnya memuat naik status dengan kenyataan yang boleh mengelirukan orang ramai,"

"Joy tidak boleh menganggap pernikahan kami sah menerusi kenyataan JAIS itu. Saya tetap dengan pendirian sebelum ini yang mana pernikahan kami tidak sah berdasarkan beberapa fakta kukuh.

"Jangan manipulasi kenyataan yang ada. Isu sekarang bukan lagi membabitkan pernikahan sah atau tidak, sebaliknya kembali kepada tuntutan Joy iaitu faraq nikah atau pembubaran nikah,"

"Bagi yang faham apa berlaku, tidak ada masalah. Cuma yang tidak faham saja yang main cakap dan hentam.

"Saya sudah penat dengan isu ini. Kalau boleh saya nak habiskan cepat. Banyak lagi perkara lain saya nak buat. Sehinggakan kalau saya muat naik gambar orang tetap komen yang bukan-bukan,"

Sumber: Harian Metro

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post