Lee Chong Wei Minta Maaf Selepas Tersingkir, Ini Balasan Najib Razak

Lee Chong Wei Minta Maaf Selepas Tersingkir, Ini Balasan Najib Razak

Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei (LCW) hari ini tersingkir dari kejohanan badminton dunia apabila kalah pada babak pertama ketika menentang pemain dari Perancis, Brice Leverdes, 19-21, 24-22, 17-21.

Lee Chong Wei Minta Maaf Selepas Tersingkir, Ini Balasan Najib Razak
Lee Chong Wei Minta Maaf Selepas Tersingkir, Ini Balasan Najib Razak

Ianya satu berita yang mengejutkan dan menyedihkan buat negara tetapi yang paling sedih tentulah LCW sendiri lapor SiakapKeli.my.

ARTIKEL MENARIK: Demi emas, Quzandria sanggup rahsiakan kehamilan 5 bulan selepas tewaskan abang, Qabil Ambak

loading...




Malah, jaguh dunia itu turut menyampaikan kekecewaannya menerusi laman Twitternya sebentar tadi dengan berkata:

"Today I didn't manage to play my best. Sorry for letting you down. Sorry 🇲🇾"

(Hari ini saya tak berjaya bermain dengan sebaik mungkin. Maaf kerana mengecewakan anda. Maaf Malaysia).

Tweet dari LCW itu seterusnya menerima puluhan balasan dari pengguna laman sosial itu yang rata-rata memberi kata-kata semangat kepada beliau.



Chris berkata:

"Tak perlu meminta maaf selepas banyak tahun menjadi yang terbaik dalam badminton untuk rakyat Malaysia :) Kalah atau menang, kami sayangkan anda.

Malah, seorang peminat LCW dari Indonesia turut memberi semangat.

"Biarpun saya rakyat Indonesia, tapi saya fikir tiada sebab untuk anda meminta maaf. Anda seorang lagenda, kekalahan ini tidak akan mengubah fakta itu". kata Debi Irawan.

Bukan setakat itu sahaja, Perdana Menteri turut sama memberi kata-kata semangat kepada LCW.

"You'll always be our hero @LeeChongWei (Anda akan sentiasa jadi hero kami Lee Chong Wei)." kata Najib.



Kepada LCW, anda tetap wira kami biar apa pun terjadi. Nama anda sudah terpahat di hati kami sebagai seorang juara dan ia kekal disitu.

Sumber

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post