Netizen Nampak Baby Bump Siti Nurhaliza? Betul Ke Datuk Siti Nurhaliza Sedang Hamil?

Netizen Nampak Baby Bump Siti Nurhaliza? Betul Ke Datuk Siti Nurhaliza Sedang Hamil?

Baru-baru ini penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza ada berkongsi gambar dirinya menerima kunjungan daripada Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang mencemar duli di rumahnya menerusi akaun Instagram miliknya.

Netizen Nampak Baby Bump Siti Nurhaliza? Betul Ke Datuk Siti Nurhaliza Sedang Hamil?
Netizen Nampak Baby Bump Siti Nurhaliza? Betul Ke Datuk Siti Nurhaliza Sedang Hamil?

Menerusi gambar perkongsiannya itu, rata-rata netizen telah menyedari sedikit perubahan fizikal tehadap penyanyi tersebut.

Di ruangan komen gambar tersebut, rata-rata netizen telah mengatakan bahawa mereka seperti terlihat baby bump di perut penyanyi tersebut dan meneka bahawa Siti memang benar-benar hamil.

ARTIKEL MENARIK: Hafidz Roshdi Perli Peminat Yang Acah-Acah Baik

loading...

Ruang komen Siti dengan sekelip mata dihujani dengan ucapan tahniah dan doa agar kandungan Siti sentiasa sihat dan segala urusan ketika hamil dipermudahkan.

sitinorrihan1985: Wah!!! Can see the baby bump there!!

miss_rossa88: Lamanya nak tgu nex yr.. ada siti nurhaliza junior..hehe

miss_rossa88: Syukur la wedding anniversary @ctdk yg ke 11 ni dimakbulkan tok ti pregnant.. kebetulan no. 11 fevret no. Tok ti.. alhamdulillah

tia.wiradinata: Jaga kesehatan yaah kakak sayang.. Doa terbaik untuk kesayanganku ini @ctdk Insya Allah,, semoga kedua2nya sehat dan dijaga olehNYA Aamiin




Nampaknya begitu tajam mata peminat-peminat Siti memerhati perubahan fizikal penyanyi kesayangan mereka ini.

Terdahulu, ada desas desus yang mengatakan Siti sedang hamil namun begitu tiada sebarang kenyataan balas daripada Siti untuk mengesahkan hal tersebut.

Jika benar Siti sedang hamil ketika ini, kami di MH Online mendoakan agar Siti dan kandungannya sentiasa diberi kesihatan yang baik. Pastinya ramai yang tidak sabar untuk menantikan kelahiran anak kepada penyanyi nombor satu negara ini.

Sumber: MEDIA HIBURAN

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post