Pelakon Wanita Malaysia Ini Pernah Menjadi Heroin Rajinikanth. Ramai TAK TAHU !!!

Pelakon Wanita Malaysia Ini Pernah Menjadi Heroin Rajinikanth. Ramai TAK TAHU !!!

Pelakon Wanita Malaysia Ini Pernah Menjadi Heroin Rajinikanth. Ramai TAK TAHU !!!

Pelakon Wanita Malaysia Ini Pernah Menjadi Heroin Rajinikanth. Ramai TAK TAHU !!!
Pelakon Wanita Malaysia Ini Pernah Menjadi Heroin Rajinikanth. Ramai TAK TAHU !!!

Berlakon tidak lagi menjadi keutamaannya. Hakikat ini bukan kerana dia mahu bersara atau tidak suka lagi berlakon tetapi mendakwa artis lama sepertinya sering diperlekehkan.

ARTIKEL MENARIK: Hidup Ini Singkat, Kita Tidak Tahu Bila Kita Akan 'Berangkat' - Tauke Jambu

loading...

“Pengarah kita ramai suka panggil berlakon ‘last minute’. Dah tu bayaran pula tak setimpal dengan pengalaman kita,” kata Aznah Hamid, 55, kepada BLING !

Terus menghamburkan isi hatinya, kata Aznah, dia kini hanya terima tawaran berlakon mengikut kesesuaian waktu, watak dan bayaran.
“Saya bukan ‘demand’ tetapi saya rasa sedih apabila syarikat produksi membayar ala kadar, tidak sepadan dengan pengalaman, masa serta keringat yang dicurahkan. Apabila kita baru nak ‘buka mulut’ minta dipertimbangkan bayaran, maka mula mereka beria-ia menceritakan masalah produksi mereka pada saya.



“Pada saya senang saja, kalau nak buat drama mesti ada bajet dan jangan bagi banyak alasan nak bayar artis. Dek kerana itu, mereka lebih rela mengambil pelakon baru untuk membawakan watak ibu dan bapa yang lakonannya seperti tunggul kayu asalkan bayaran murah! Memang mereka boleh berlakon tapi setakat hafal skrip saja tanpa penghayatan,” katanya.

Pernah Aznah mendapat gandingan dengan pelakon baru dan dia berasa ‘penat’ kerana lakonan mereka tidak ‘memberi’.

“Pernah saya rasa macam berlakon seorang diri sehingga saya mula jadi bosan,” katanya.

Berlakon sejak 12 tahun

Aznah ada alasan untuk meluahkan perasaannya kerana dia berlakon sejak usia 12 tahun. Justeru, tidak semudah itu dia meningggalkan dunia lakonan namun apabila keadaan tidak berpihak kepada pelakon lama sepertinya, lebih baik dia memperlahankan aktiviti seninya.

“Ada beberapa kelemahan berlakon dengan pelakon muda. Mereka kurang disiplin, lekas terkena ‘kejutan budaya’, tidak hormat orang, datang tidak mengikut waktu dan kami yang tua-tua ini terpaksa menunggu lama di lokasi.

“Pun begitu ada juga yang bagus dan kepada yang tahu tanggungjawab mereka, akan berjaya. Senang cakap kalau populariti mereka hanya bersandarkan ‘followers’ di laman sosial, alamatnya jarang mereka dapat bertahan,” katanya.

Selepas lega berkongsi segala yang terbuku di lubuk hatinya, Aznah mula mengorak senyum apabila diminta mengimbas semula kenangan manisnya dulu.

“Jika saya tidak cepat kahwin, entah-entah saya dah dapat offer di Bollywood, Hollywood dan Indonesia! Saya berkahwin pada umur 18 tahun ketika tawaran berlakon datang mencurah-curah.

“Namun sempat juga saya berlakon dalam filem Tamil berjudul Priya (1979) dan hero saya adalah Rajinikanth. Filem itu dibikin di Malaysia, Singapura dan Hong Kong. Priya diterbitkan dalam dua versi bahasa, Kannada dan Tami yang juga menampilkan aktres Sridevi.

“Saya dan Rajinikanth menjadi hero dan heroin untuk versi bahasa Kannada. Berbelit lidah membaca skrip dalam bahasa itu tetapi mungkin kerana ketika itu saya muda lagi, senang nak ingat dialog. Ada jurubahasa yang menjelaskan jalan cerita dan dialog agar saya boleh faham,” katanya.

Menurut Aznah, dia juga penari jadi tiada masalah untuk dia menari dua lagu dalam Priya.

“Dalam babak menari itu, merasalah saya menari di tiga negara (Malaysia, Singapura dan Hong Kong), berpusing-pusing keliling pokok dan berkejar-kejar dengan Rajinikanth,” imbasnya sambil ketawa.

Tahun lalu ketika hero legenda itu datang ke negara ini mempromosikan filem Kabali, aktor itu ada menceritakan pada syarikat yang menguruskan kedatangannya ke sini yang dia pernah berlakon dengan seorang aktres Malaysia,” katanya.

Terima tawaran Hollywood

Aznah juga pernah mendapat tawaran berlakon di Hollywood tetapi kerana watak tidak sesuai, pengurusnya menolak peluang itu. Dia juga dapat tawaran berlakon sinetron di Indonesia tetapi ketika itu dia sudah berkahwin dan anak masih kecil, terpaksa dia pendamkan hasrat bertapak di sana.

“Berlakon sinetron sangat lama. Dua bulan berada di sana, hati saya tak tahan teringatkan anak di Malaysia. Jika tidak, mungkin nama saya sudah lama terpahat dalam industri seni di Indonesia,” katanya.

Selama 42 tahun mengabdikan diri dalam dunia seni tanah air, ia adalah satu jaluran kehidupan yang penuh berwarna-warni.

“Dulu tiada sekolah lakonan namun saya tetap mencari ilmu lakonan belajar dengan pelakon lama, pergi ke bengkel lakonan dan uji bakat. Saya juga sanggup belajar menari.

“Sebab itu, pelakon lama macam saya, bagilah watak apapun, pasti kami akan cuba yang terbaik,” katanya.

Menghabiskan masa lapangnya sekarang, dia sering menemani dua anaknya, Sheera Iskandar dan Sabrina yang berjinak-jinak menjadi usahawan berniaga di karnival di seluruh negara manakala anak bongsu lelakinya masih bersekolah.

“Alhamdulillah, saya bahagia dengan anak-anak. Walaupun saya tidak kaya dan hidup mewah tapi hati saya tenang. Insya-Allah pada 2 Jun ini saya akan mengerjakan umrah,” katanya.

Mengusiknya yang terus hidup solo selepas berpisah dengan suami keduanya, pelakon Sabree Fadzil, Aznah berseloroh:, “Belum ada orang masuk meminang!”

Sumber : Harian Metro


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post