Header Ads

Produksi buka mulut, pengarah dedah tak pernah Afifah rapat dengan Aliff

loading...

PENGARAH drama Izinkan Aku Mencintaimu, Mansor Akob menafikan dakwaan pelakon Afifah Nasir yang kononnya dipergunakan pihak produksi untuk memujuk dan melayan kerenah Aliff Aziz agar memberikan kerjasama sepanjang penggambaran.

Produksi buka mulut, pengarah dedah tak pernah Afifah rapat dengan Aliff
Produksi buka mulut, pengarah dedah tak pernah Afifah rapat dengan Aliff

Mansor atau lebih dikenali sebagai Manchi berkata dia dan kru produksi lain tidak pernah mengeluarkan arahan dan perancangan sebegitu.

ARTIKEL MENARIK: Setelah Penat Menjadi Lelaki, Saiful Malaysian Idol Ambil Keputusan Menjadi Perempuan? (13 Gambar)

loading...

“Saya tidak pernah menyuruh mereka rapat malah jauh sekali untuk membuat perancangan seperti didakwa Afifah. Bagi saya itu hanya cakap-cakap kosong dalam kalangan kami.

“Soal masalah di lokasi adalah perkara biasa dan susah nak elak. Namun kedua-dua mereka tetap memberikan komitmen baik,” katanya kepada Harian Metro.

Manchi juga menegaskan dia tidak tahu menahu berkenaan kehadiran Aliff dan Afifah di sebuah pusat karaoke di Cheras pada 27 Julai lalu.

“Perancangan karaoke pun saya tak tahu langsung,” katanya.

Terdahulu menerusi sidang media bersama Afifah pada Isnin lalu mengakui kehadirannya di pusat karaoke itu atas urusan kerja.

Malah Afifah menjelaskan itu adalah perancangan yang diatur oleh pihak produksi bagi melancarkan proses penggambaran.

Bagaimanapun kenyataan Afifah itu disangkal Aliff dan menyifatkan ia mengarut dan tidak masuk akal.



Sumber: Harian Metro

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
Loading...

No comments

Powered by Blogger.