Tak Tahan DIHINA Sebab Tak Pakai Tudung, Tunku Aminah NEKAD Buat Tindakan Yg MENGEJUTKAN Seluruh Bangsa Johor !

Tak Tahan DIHINA Sebab Tak Pakai Tudung, Tunku Aminah NEKAD Buat Tindakan Yg MENGEJUTKAN Seluruh Bangsa Johor !

Bercakap kepada pemberita buat pertama kali selepas abangnya mempertahankannya daripada kritikan negatif di media sosial baru-baru ini berkata, Tunku Aminah berkata beliau tidak mahu individu yang tidak mengenalinya cepat membuat penilaian mengenai cara beliau berpakaian.

Tak Tahan DIHINA Sebab Tak Pakai Tudung, Tunku Aminah NEKAD Buat Tindakan Yg MENGEJUTKAN Seluruh Bangsa Johor !
Tak Tahan DIHINA Sebab Tak Pakai Tudung, Tunku Aminah NEKAD Buat Tindakan Yg MENGEJUTKAN Seluruh Bangsa Johor !

Katanya, semua tindakannya adalah antara beliau dan Allah.

ARTIKEL MENARIK: Pelakon Wanita Malaysia Ini Pernah Menjadi Heroin Rajinikanth. Ramai TAK TAHU !!!

loading...

"Saya percaya ini adalah keputusan terbaik yang pernah saya buat," kata puteri tunggal kepada Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Ibni Almarhum Sultan Idris Shah.

Tunku Aminah Maimunah Iskandariah menutup akaun Instagram miliknya selepas menerima komen negatif kerana tidak memakai tudung.

"Saya sedar bahawa menjadi perhatian ramai bukan cara saya dan saya benar-benar gembira selepas menutup akaun Instagram awal bulan ini," katanya.

Tunku Aminah berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan tengah hari bersama SPCA Johor Baru di sebuah hotel di sini.

Selain itu, Tunku Aminah berkata, beliau berterima kasih kepada abangnya terutama Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris kerana mempertahankannya daripada kritikan negatif itu.

"Saya mendapat tahu tentang apa yang beliau lakukan selepas membacanya dalam akhbar The Star beberapa hari lalu dan semua saudara-saudara saya memberikan sokongan, saya benar-benar gembira," katanya.

Mengulas mengenai akauan Instagram, Tunku Aminah berkata, pada mulanya beliau mahu berkongsi pandangan dan buah fikirannya kepada orang ramai.

"Mula-mula saya memuatnaik gambar kucing, tetapi orang mula memberikan komen buruk yang menyakitkan hati tentang saya kerana tidak memakai tudung.

"Perkara itu mula berterusan hingga saya merasakan mereka menceroboh ruang peribadi saya.

"Namun selepas menerima nasihat yang baik daripada ibu bapa yang risau tentang keselamatan dan kesejahteraan saya, keputusan diambil untuk menutup semua media sosial," katanya.

Terdahulu, Tunku Idris mempertahankan adiknya itu dengan berkata Tunku Aminah memakai selendang ketika menghadiri semua acara keagamaan.

Tunku Idris turut menggunakan media sosial bagi mempertahankan pakaian adik perempuannya.


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post