(VIDEO) Gempar 10 Orang Pekerja Kilang Elektronik Diserang & Disampuk Makhluk Halus

(VIDEO) Gempar 10 Orang Pekerja Kilang Elektronik Diserang & Disampuk Makhluk Halus

PUCHONG – 10 orang pekerja kilang elektronik dilaporkan diserang histeria yang dipercayai telah diganggu oleh makhluk halus di sebuah kilang di sini, semalam.

(VIDEO) Gempar 10 Orang Pekerja Kilang Elektronik Diserang & Disampuk Makhluk Halus
(VIDEO) Gempar 10 Orang Pekerja Kilang Elektronik Diserang & Disampuk Makhluk Halus

Salah seorang daripada 10 pekerja kilang terbabit yang diserang histeria itu berkata, “saya tak ingat apa-apa cuma sebelum tu rasa tak sedap badan, menggeletar dan tubuh jadi berat,” katanya.

ARTIKEL MENARIK: “Beria-ia Tanya Macam Nak Beli, Bila Dah Tahu Harga, Hilang. Kenapa Sis Tak Ada Duit Ke?”

loading...

“Menurutnya, sebelum kejadian kira-kira 1.40 pagi dia sedang duduk makan di bangunan baru bersebelahan kilang, ketika sedang berjalan masuk ke tempat dia bekerja, secara tiba-tiba dia merasakan badannya panas, menggeletar dan menggigil.

Pekerja berkenaan yang tidak mahu identitinya didedahkan berkata, kejadian itu berlaku sebaik sahaja beliau selesai makan namun tidak mengingati sepenuhnya apa yang berlaku sehinggalah dia tersedar dan berada di asrama pekerja.






Apabila ingin saja masuk bahagian tempatnya bertugas, dia merasakan seperti ada sesuatu yang mengikuti di belakang dan terus menolaknya dengan kuat, jelasnya.

Menurutnya, dia juga turut mendengar suara kawan-kawannya yang menyuruhnya ‘melawan’ benda yang telah merasuk ke dalam tubuh badannya, walau bagaimanapun, selepas itu dia langsung tidak sedar apakah yang sedang berlaku.

Menurut Sinar Harian, kejadian histeria dan serangan gangguan itu bukanlah kali yang pertama berlaku terhadap kalangan pekerja kilang terbabit. Gangguan tersebut dikatakan sering berlaku hampir setiap bulan dan sebelum ini seramai 70 orang pekerja kilang tersebut dikatakan diserang histeria yang berlaku pada penghujung April lalu.

Gangguan dan serangan tersebut didakwa telah terhenti beberapa bulan selepas pekerja yang diganggu makhluk halus yang dipercayai berada di kilang terbabit mendapat rawatan daripada Pusat Rawatan Pertubuhan Sentuhan Kasih Al-Qalam Malaysia (Al-Qalam) pada 29 April lalu.


Walau bagaimanapun, pekerja kilang itu sekali lagi diganggu oleh makhluk halus berkenaan sewaktu kerja-kerja pemulihan dijalankan Al-Qalam di bangunan baharu di kilang berkenaan.

Menurut Pengasas Al Qalam, Datuk Seri Baharudin Abu berkata, berkemungkinan makhluk halus yang ‘diusir’ dari bangunan baharu itu berpindah ke blok bersebelahan tempat pekerja bertugas.

Dia turut menambah pekerja kilang itu terkena gangguan dan pulih selepas mendapatkan rawatan. Manakala gangguan itu berlaku bukannya disebabkan persekitaran berkenaan tetapi ia dikatakan berpunca daripada individu yang lemah semangat, kurang menjaga kebersihan, tidak menjaga solat dan tidak menutup aurat, selain turut menasihati mereka supaya tidak derhaka kepada Allah, suami dan ibu bapa. – www.koleksiviral.com

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post