Wanita Maut Selepas Terjun Dari Tingkat Dua Untuk Larikan Diri

Wanita Maut Selepas Terjun Dari Tingkat Dua Untuk Larikan Diri

Kuala Lumpur – Seorang wanita ditemui maut selepas terjun daripada tingkat dua sebuah premis bagi melarikan diri..

Wanita Maut Selepas Terjun Dari Tingkat Dua Untuk Larikan Diri
Wanita Maut Selepas Terjun Dari Tingkat Dua Untuk Larikan Diri


Wanita tersebut dikatakan terjun dari tingkat dua premis pusat hiburan tersebut bagi melarikan diri ketika serbuan dilakukan oleh pihak polis.

ARTIKEL MENARIK: 10 gerabak kargo tergelincir, perkhidmatan komuter Sungai Buloh-KL terjejas

loading...

Wanita tersebut yang juga merupakan warga Indonesia masih belum dapat dikenal pasti identiti sebenarnya kerana tidak memiliki dokumen perjalanan diri yang sah telah ditemui meninggal dunia berhadapan sebuah bank di Batu 5,Jalan Ipoh pada awal pagi kelmarin.

Wanita berusia 20-an tersebut dikatakan telah melarikan diri ketika serbuan pihak polis dilakukan sekitar pukul 2 pagi dipercayai kerana tidak memiliki dokumen sehingga bertindak nekad terjun daripada tingkat dua premis pusat hiburan tersebut.

Menurut kenyataan daripada Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy memberitahu bahawa siasatan awal mendapati wanita terbabit mengalami kecederaan di bahagian dada serta kaki selepas membuat terjunan tersebut.

"Saksi kejadian memberitahu terdapat beberapa individu yang telah membawa wanita tersebut ke hospital bagi mendapatkan rawatan selepas melihatnya terbaring di tepi jalan".

"Walau bagaimanapun mayat wanita itu telah ditemui di hadapan sebuah bank lengkap berpakaian kira-kira 50 meter dari lokasi dia terjatuh oleh orang ramai kira-kira selepas dua jam kejadian tersebut. Kami percaya bahawa mayat mangsa telah ditinggalkan di lokasi berkenaan selepas dia di dapati meninggal dunia berdasarkan keterangan daripada saksi yang melihat kejadian itu," katanya.

"Mangsa telah disahkan oleh pihak hospital meninggal dunia akibat daripada kecederaan parah di dada dan kaki mangsa. Mayat mangsa telah di hantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat."

"Kematian mangsa telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut,".

Beliau dalam kenyataannya turut memberitahu bahawa terdapat seramai 120 individu telah ditahan ketika serbuan dilakukan selepas didapati positif dadah.

Sumber

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post