Berang diejek, lalu berdendam sampai bakar pusat tahfiz

Berang diejek, lalu berdendam sampai bakar pusat tahfiz

KUALA LUMPUR - Tujuh remaja di kawasan Taman Datuk Keramat ditahan kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan kes kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat Hujung, lapor Harian Metro.

Berang diejek, lalu berdendam sampai bakar pusat tahfiz
Berang diejek, lalu berdendam sampai bakar pusat tahfiz

Sumber polis berkata, berlakunya perselisihan faham lima pelajar pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dengan tujuh remaja di kawasan itu.

"Beberapa hari sebelum kejadian, pelajar tahfiz ada mengejek tujuh remaja yang menghisap dadah di kawasan Taman Tasek Datuk Keramat.

ARTIKEL MENARIK: 'Motif kejadian berpunca dari ejekan kedua-dua pihak, mereka (suspek) yang membawa tong gas'

loading...


1.jpg

"Susulan dari itu, tujuh remaja itu berdendam dengan pelajar tahfiz dan pada hari kejadian, beberapa daripada mereka melompat masuk ke dalam pusat tahfiz.

"Kemudian mereka mencuri dua buah tong gas dari kiosk berdekatan lokasi kejadian sebelum membocorkan gas pada tilam dan membakarnya dengan petrol di pintu utama asrama," katanya.

Menurut sumber lagi, tujuh remaja yang ditahan itu, enam daripadanya didapati positif dadah jenis ganja.

1.png

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh sebentar tadi mengesahkan kes kebakaran asrama pusat tahfiz berkenaan telah selesai dengan penangkapan tujuh suspek berkenaan.

Dalam sidang media itu, beliau turut menyatakan tujuh suspek yang ditahan bukan pelajar tahfiz berkenaan dan enam dari tujuh suspek positif dadah.

Ketika ditanya mengenai motif kejadian, Datuk Amar menyatakan hasil siasatan mendapati motif suspek adalah untuk membakar bangunan asrama pusat tahfiz berkenaan.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post