Filem ‘It’ Dinobatkan Sebagai Filem Seram Kutipan Tertinggi Sepanjang Masa

Filem ‘It’ Dinobatkan Sebagai Filem Seram Kutipan Tertinggi Sepanjang Masa

Nampaknya netizen masih lagi memperkatakan mengenai impak filem seram, It yang telah ditayangkan di pawagam sejak 2 minggu yang lalu.

Filem ‘It’ Dinobatkan Sebagai Filem Seram Kutipan Tertinggi Sepanjang Masa
Filem ‘It’ Dinobatkan Sebagai Filem Seram Kutipan Tertinggi Sepanjang Masa
Terkini, berita baik untuk anda peminat filem ini, Warner Bros dan New Line Cinema telah mengumumkan sekuel kepada filem seram blockbuster ‘It’ yang akan ditayangkan pada 6 September 2019.

ARTIKEL MENARIK: Michael Ang Tak Berani Ambil Fara Mendoza, Natasha Elyzza Dan Fathia Latiff Berlakon Dibawah Arahannya

loading...

Sekuel ini akan menunjukkan adegan 27 tahun kemudian selepas ahli kumpulan Losers Club menjadi dewasa yang suatu ketika dahulu mereka pernah menentang makhluk aneh dan seram, Pennywise the Dancing Clown yang menjadikan musim panas zaman kanak-kanak mereka satu mimpi ngeri.



Sejak ditayangkan, filem yang diadaptasi daripada novel ‘It’ karya Stephen King ini bukan sahaja mencatatkan rekodnya tersendiri malah menjadi filem seram yang mendapat pendapatan paling tinggi sepanjang masa.

Sehingga ke hari ini, jumlah hasil pendapatan dalam negara bagi filem ‘It’ adalah sebanyak $266.1 juta manakala $478.1 juta di seluruh dunia.

Sumber GQ Magazine

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post