Ibu Mimpi Sekujur Tubuh Budak Rentung Kebakaran. Rupa²nya Itu Anak Aku…….

Ibu Mimpi Sekujur Tubuh Budak Rentung Kebakaran. Rupa²nya Itu Anak Aku…….

Ibu Mimpi Sekujur Tubuh Budak Rentung Kebakaran. Rupa²nya Itu Anak Aku…….

Ibu Mimpi Sekujur Tubuh Budak Rentung Kebakaran. Rupa²nya Itu Anak Aku…….
Ibu Mimpi Sekujur Tubuh Budak Rentung Kebakaran. Rupa²nya Itu Anak Aku…….

PETALING JAYA: Sehari sebelum Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung, Datuk Keramat terbakar sehingga mengorbankan 23 nyawa, ibu kepada salah seorang pelajar yang maut seolah-olah mendapat petanda awal mengenai insiden itu.

ARTIKEL MENARIK: Inilah HERO YG Menyelamatkan Beberapa Orang Pelajar Pusat Tahfiz Dlm Kebakaran. Ramai TAK TAHU !!!

loading...

MIMPI BUDAK RENTUNG

Dalam perkongsian di laman Facebooknya, wanita yang dikenali sebagai Nen Dsign yang juga ibu kepada Muhammad Danieal Md Amin, 14, menceritakan bahawa dia telah bermimpi tentang sekujur mayat seorang budak rentung dalam kebakaran.

“Sesungguhnya janji Allah itu pasti. Rabu 13/9/2017. Maha Suci Allah… khabar apakah yang ingin Engkau sampaikan kepadaku nanti… kurniakanlah kepada ku hati yang baik. Amin.

“Terdetik di hati kecilku sebaik sedar dari tidur. Malam tu aku bermimpi… di hadapanku ada sekujur mayat seorang budak yang rentung hangus terbakar,” tulisnya.



Namun sehari selepas mimpi itu, dia dikejutkan dengan berita kebakaran pusat tahfiz tempat anaknya belajar.
“Khamis 14/9/2017 aku mendapat berita tentang kebakaran tahfiz tempat Danieal belajar.



RUPA²NYA BUDAK ITU ANAK AKU

Innanillahhiwainnailaihirojiun.

“Maha Suci Allah…rupanya dalam mimpi itu adalah anakku Danieal. Engkau tenangkanlah dia di taman syurgaMu. Terima kasih Ya Allah Engkau dah makbulkan doaku.

“Ya Allah… jadikanlah anak-anakku di antara tahfiz-tahfizMu dan syahid-syahidMu”,” katanya.

Status tersebut menunjukkan wanita itu seolah-olah reda dengan pemergian Daniel.

“Alhamdulillah Ya Allah. Sesungguhnya Engkaulah Sang Pencipta Langit dan Bumi. Engkaulah yang Maha memiliki Kebesaran dan Kemuliaan. Berikanlah aku kekuatan dan ketenangan. Amin.

“Abang…abang dah syahid. Umi bangga dengan abang. Jumaat 15/9/2017… Setelah dapat melihat mayat Daniael, ternyata itulah ku lihat dalam mimpiku itu. Sesungguhnya Allah itu Maha Hebat,” katanya.




Muhammad Danieal antara 21 pelajar yang maut dalam kebakaran tersebut yang dipercayai berlaku atas perbuatan khianat.

Turut maut dua guru pusat tahfiz itu, Mohd Yusuf Md dan Mohd Amrul Nizam Sakarno.

Susulan itu, tujuh suspek ditahan kerana disyaki sengaja membakar pusat tahfiz tersebut.

Dengan penahanan itu, kes kebakaran tragik itu berjaya diselesaikan.

Di kala orang ramai mengecam perbuatan tujuh suspek, ibu kepada Danieal telah memaafkan mereka yang mengakibatkan kebakaran tersebut.

Malah, dia turut berterima kasih kepada mereka kerana telah menjadikan Danieal sebagai anak syurga.

“Terima kasih buat mereka semua kerana dah jadikan anak saya anak syurga. Saya maafkan mereka semua. Semoga Allah beri hidayah buat mereka dan jadikan mereka di antara anak-anak yang soleh lagi bertaqwa. Amin ,” tulisnya.

Sumber : Mstar

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post