Laporan TERKINI Mahkamah. 2 Suspek Didakwa Di Atas Tuduhan MEMBUNUH.

Laporan TERKINI Mahkamah. 2 Suspek Didakwa Di Atas Tuduhan MEMBUNUH.

DUA daripada tujuh suspek kes bakar tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini atas tuduhan membunuh 21 pelajar dan dua guru di tahfiz berkenaan.

Laporan TERKINI Mahkamah. 2 Suspek Didakwa Di Atas Tuduhan MEMBUNUH.
Laporan TERKINI Mahkamah. 2 Suspek Didakwa Di Atas Tuduhan MEMBUNUH.

Tiada pengakuan direkodkan daripada remaja lelaki masing-masing berusia 16 tahun itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin dalam prosiding secara tertutup.

Kedua-dua pesalah itu dibawa masuk ke mahkamah, 11.53 pagi tadi dan prosiding dimulakan sebaik mereka duduk di dalam kandang tertuduh.

Media dan keluarga mangsa yang sudah berada di galeri awam mahkamah sejak 9 pagi bagaimanapun diarahkan keluar oleh Siti Radziah bagi laluan prosiding kes yang dijalankan secara tertutup.

Pada 12.25 tengah hari, polis mahkamah memaklumkan media bahawa pertuduhan terhadap kedua-dua tertuduh kes bakar berkenaan sudah selesai.

ARTIKEL MENARIK: Keluarga Mangsa Tragedi Kebakaran Pusat Tahfiz Akur Perintah Mahkamah.

loading...


Mengikut pertuduhan, kedua-duanya didakwa bersama-sama membunuh dan menyebabkan kematian 23 mangsa antara 4.15 pagi dan 6.45 pagi pada 14 September 2017 di Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyaj, Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 28 November depan sebagai sebutan semula kes.

Dalam kejadian 14 September lalu, 21 pelajar dan dua guru pusat tahfiz terkorban selepas terperangkap di tingkat tiga asrama pusat tahfiz berkenaan yang terbakar.

Hasil siasatan lanjut yang dijalankan mendapati terdapat unsur khianat dalam kejadian itu dan tujuh suspek lelaki berusia antara 11 dan 18 tahun ditahan.

Sumber : My Metro

Sumber
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post