Mahadzir Lokman masih kritikal tetapi stabil - jurucakap keluarga

Mahadzir Lokman masih kritikal tetapi stabil - jurucakap keluarga

PETALING JAYA: Pengacara terkenal Datuk Mahadzir Lokman yang berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), sejak pagi tadi, kini masih kritikal namun stabil.

Mahadzir Lokman masih kritikal tetapi stabil - jurucakap keluarga
Mahadzir Lokman masih kritikal tetapi stabil - jurucakap keluarga

Menurut seorang jurucakap keluarga ikon penyiaran berusia 60 tahun ini, Mahadzir kini berada di bawah pengawasan rapi pihak Unit Rawatan Rapi (ICU) PPUM.

Katanya, keadaan jantung beliau agak lemah dan doktor sedang berusaha mengenal pasti punca penyakit.

Mahadzir dikejarkan ke PPUM pagi tadi sekitar jam 10 selepas tidak sedarkan diri di kediamannya di sini.
Astro AWANI difahamkan Mahadzir baharu pulang dari Jakarta, Indonesia, atas urusan kerja dua hari lalu.

ARTIKEL MENARIK: Inilah Antara 5 Pelakon Kanak-kanak Yang Popular Suatu Ketika Dahulu… No. 5 Akan Buat Semua Gadis Cair…

loading...

Keadaan pengacara terkenal, Datuk Mahadzir Lokman yang kini berada di Unit Rawatan Rapi, PPUM kritikal namun stabil: Anak Saudara @501Awani
— FidaSamat AWANI (@dara0475) September 24, 2017

Terdahulu, adiknya Danial, ketika dihubungi Astro AWANI berkata, Mahadzir turut dilaporkan mengalami radang paru-paru dan buah pinggang beliau terjejas akibat terkena jangkitan.

Danial turut berkata harapan keluarganya agar rakan-rakan dan peminat yang mengenali Mahadzir untuk mendoakan kesejahteraan abangnya.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post